Buletin

KAPAL SELAM INDONESIA HILANG ADA OKSIGEN SAMPAI SABTU

Kapal selam Indonesia yang hilang bersama 53 kru mempunyai bekalan oksigen mencukupi untuk beberapa hari sahaja.

Tumpahan minyak di mana kapal selam KRI Nanggala 402 dipercayai menyelam menunjukkan kemungkinan berlakunya kerosakan tangki bahan api.

Kru KRI Nanggala mempunyai bekalan oksigen mencukupi hingga awal Sabtu ini manakala masa semakin suntuk untuk mencari kapal selam itu yang hilang di perairan Pulau Bali.

“Masa yang ada adalah sehingga sekitar pukul 3 pagi (waktu tempatan) Sabtu ini. Mari berdoa agar kami dapat menemui mereka sebelum waktu tersebut,” kata ketua Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut,  Yudo Margono kepada pemberita.

Bagaimanapun, penganalisis-penganalisis pertahanan memberi amaran bahawa kapal selam itu mungkin berkecai jika ia tenggelam pada kedalaman  700 meter, jauh melebihi had selamannya. – agensi

Google ads
Back to top button