Buletin

PROTON LANCAR LAMAN WEB PROTON CERTIFIED PRE-OWNED

Proton menawarkan cara mudah membeli kereta terpakai dengan pelancaran rasmi laman web Proton Cerified PreOwned (PCPO).

Melalui laman web tersebut, pelanggan boleh mendapat maklumat tentang stok dari 36 pengedar di seluruh negara serta tukar beli kenderaan mereka untuk menerima tawaran hebat bagi pembelian model Proton baharu.

Menjual kereta terpakai untuk meningkatkan jualan kereta baru Pemprosesan kereta tukar beli pelanggan secara cekap adalah kunci kepada pengekalan kadar jualan kereta baharu bagi Proton.

Situasi ini amat ketara apabila jumlah jualan syarikat naik secara mendadak pada tahun 2019.

Justeru, bahagian Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) telah ditubuhkan dan diberi tugas membina rangkaian pengedar yang berkebolehan menjual kereta terpakai bersama kereta baru.

Bermula dengan hanya lapan pengedar, program PCPO kini mempunyai 36 pengedar.

Setiap pengedar perlu memenuhi syarat, dari segi kewangan dan praktikal, serta bersetuju mengambil langkah yang diperlukan menyediakan stok tukar beli mereka sebelum dijual.

Sebagai contoh, setiap kereta perlu menjalani pemeriksaan menyeluruh 201-mata serta diberi bateri, minyak enjin dan penapis minyak yang baru.

Keperluan lain bagi kereta PCPO adalah ia mesti berumur kurang daripada tujuh tahun dan mempunyai jarak tempuh tidak melebihi 130,000km semasa di tukar beli.

Ia juga mesti bebas daripada kerosakan disebabkan oleh banjir atau kemalangan besar yang mungkin mempengaruhi kekuatan struktur kereta.

“Program PCPO adalah langkah seterusnya bagi PROTON membina ekosistem menyeluruh.

“Pihak syarikat akan terus melancarkan produk baharu tetapi pada masa sama, menarik perhatian mereka yang ingin membeli kereta terpakai serta menawarkan cara mudah dan cepat bagi menukar beli kereta.

“Semua kereta PCPO diberi jaminan tambahan selama setahun bagi bahagian enjin dan kotak gear serta khidmat servis percuma yang boleh ditebus sehingga enam bulan selepas tarikh pendaftaran,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar,Roslan Abdullah.

 Jenama kereta lain yang ditukar beli juga akan dijual oleh Proton di laman web PCPO.

Bagi kereta-kereta ini, jaminan tambahan tidak akan diberikan tetapi ia akan menerima pemeriksaan menyeluruh dan dibaik pulih sebelum ditawarkan kepada pelanggan.

Google ads
Back to top button