Buletin

RAM POWER WAGON 75TH ANNIVERSARY EDITION 2021 MAKIN GANAS

Pengeluar jentera Ram menyambut pengenalan produksi pikap 4×4 secara besar-besaran sejak tahun 1945 dengan melancarkan Ram Power Wagon 75th Anniversary Edition 2021.

Jentera terbaharu yang menampilkan rekaan lebih ganas ini dijual pada harga bermula AS$65,250 (RM269,776) dan dijangka akan menemui pembeli pada suku keempat tahun 2020.

Pikap edisi khas ini menawarkan warna hitam (Diamond Black Crystal). Begitupun pembeli boleh memilih monotone atau dua tona dengan pilihan Maximum Steel Metallic, Granite Crystal Metallic, Billet Silver Metallic, Hydro Blue, Patriot Blue, Delmonico Red, Flame Red, Bright White, Olive Green, Molten Orange dan Anvil.

Bagi menambahkan rupa paras ganas jentera ini, ia didatangkan dengan sentuhan luaran baharu seperti gril hitam digabungkan bersama lencana Ram yang terpampang besar di bahagian depan.

Penampilan mantap pikap ini diteruskan pada bahagian pintu dan belakang dengan trim Black Diamond.

Melengkapkan penampilan istimewa trak ini, ia hadir dengan emblem Power Wagon 75 Years of Service di bahagian pintu.

Bahagian kabin pula, ia dilengkapi kemasan dalaman kulit berwarna perang (Mountain Brown). Logo Power Wagon 75 turut kelihatan di bahagian tempat duduk dan pintu.

Bagi melawan warna perang berkenaan, sentuhan warna hitam (Gloss Black) digabungkan pada panel instrumen, konsol tengah dan papan pemuka.

Skrin hiburan dikelilingi aluminium berwarna gelap dan hitam (Piano Black Silverline). Ia turut didatangkan 17 pembesar suara stereo Harmon Kardon bagi memberi kepuasan kepada pemandu dan penumpang.

Power Wagon ini mendapat khidmat enjin 6.4 liter V8 yang mampu menjana kuasa 410 hp dengan transmisi automatik lapan kelajuan. – motor1

Google ads
Back to top button