BuletinMotosikal

KAWASAKI NINJA 250 2019 DENGAN DUA PILIHAN WARNA BAHARU UNTUK PASARAN JEPUN

Kawasaki Motors Japan telah memperkenalkan Ninja 250 untuk model 2019 bagi pasaran domestik di sana. Ya. Ia tidak lagi datang dengan warna “kilang” Kawasaki iaitu hijau, hijau dan hijau.

Warna baru ini juga agak unik dan lain dari kebiasaan motosikal Kawasaki yang seringkali dianggap sangat “sederhana”. Kali ini, terdapat dua pilihan baharu iaitu Metallic Phantom Silver dan Metallic Spark Black.

Pilihan pertama ini ialah warna dasar hitam kilat yang digandingkan dengan kemasan perak di bahagain bawah. garis livery grafiknya pula dikenakan dengan kesepaduan warna emas. Di bahagian tepi fairing juga dibuat grafik tersendiri ke bahagian tangki bahanapi motosikal ini.

Kemasan garis dan warna emas juga dikenakan pada bahagian pelana sisi, badan belakang dan juga garisan lengkung pada rimnya.

Pilihan kedua ialah Metallic Spark Black – khusus untuk mereka yang mahu sebuah Kawasaki – sederhana dan sangat minimalis.

Ia menggunakan kombinasi warna hitam dan sedikit sentuhan perak gelap (yang lebih nampak kelabu). Pilihan kedua ini juga hanya semata-mata warna. Tiada sebarang grafik langsung

GALERI

Google ads
Back to top button