
GREAT WALL MOTOR MALAYSIA UMUM ORA GOOD CAT BOLEH DITEMPAH MULAI HARI INI
Great Wall Motor (GWM) Malaysia mengumumkan tempahan untuk ORA GOOD CAT boleh dibuat mulai hari ini.
Baucar early bird khas sebanyak RM1,000 diberikan kepada pelanggan yang telah menempah ORA GOOD CAT di Pameran Motor Malaysia dari 11 hingga 13 November 2022, bersempena dengan jualan 11.11.
Pengurus projek ICT berusia 27 tahun dari Shah Alam, Jason Cheong, ialah salah seorang pelanggan terawal menempah ORA GOOD CAT, telah memenangi cabutan bertuah dengan membawa pulang hadiah utama iaitu baucar pembelian kereta bernilai RM28,888.

Seiring dengan namanya, ORA GOOD CAT mempunyai keunikan tersendiri iaitu dengan penampilan cat-eye shaped headlamps yang merangkumi sistem lampu depan LED pintar.
Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sistem parkir pintar bersepadu yang membantu dengan tiga mod tempat letak kereta automatik, empat kamera 360 darjah definisi tinggi serta wisdom dodge system dan auto emergency brakes untuk mengelak kenderaan dari jarak dekat.
Untuk keselesaan dan gaya maksimum, ORA GOOD CAT juga dilengkapi dengan paparan Kluster 7 inci, paparan skrin sentuh multimedia 10.25 inci yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto, Pemindah elektronik dengan reka bentuk termaju iaitu dail anjakan gear berpusat memberikan lebih banyak ruang kepada penumpang.
Antara ciri lain terdapat pada kenderaan futuristik ini ialah panoramic sunroof, tempat urut pemandu, pengecas tanpa wayar, tempat duduk ergonomic untuk keselesaan maksimum dan digayakan dengan dua tona dalam pelbagai skema warna.
ORA GOOD CAT mampu mencapai kelajuan sehingga 152km/j dan mempunyai lima mod pemanduan julat iaitu Normal, Sport, Eco, Eco+, serta Auto untuk memenuhi keperluan serta keutamaan pelanggan. Paling penting sekali, ORA GOOD CAT boleh bertahan sehingga 500 KM dengan sekali cas.
Seiring dengan spesifikasinya, GWM turut menyediakan pelanggan mereka dengan perkhidmatan pelanggan. GWM akan menyediakan perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam dan pusat alat ganti yang telah ditubuhkan di Shah Alam.
Pelanggan juga boleh melihat dan membuat tempahan pandu uji ORA GOOD CAT di lokasi yang ditetapkan. Untuk info lebih lanjut, sila layari https://www.gwm.com.my.
- BACA: ORA LIGHTNING CAT DILANCARKAN SECARA RASMI DI CHINA. BERMULA RM123K
- BACA: GWM PECAT SEMUA PEKERJA, TAK JADI LABUR RM4.3 BILION DI INDIA
- BACA: ORA ‘KUCING BAIK’ EV TERBAHARU CHINA. GABUNGAN REKAAN PORSCHE 911, BEETLE, FIAT 500?
- BACA: EV ORA GOOD CAT & ORA BLACK CAT DIKESAN DIUJI DI SHAH ALAM. BAKAL LANCAR Q1 2022?