Motosikal

HARLEY-DAVIDSON SPORTSTER S RASMI DILANCARKAN. ENJIN REVOLUTION MAX 121HP, BERMULA RMRM92,900

Didi Resources hari ini melancarkan jentera terbaharu Harley-Davidson Sportster S ke pasaran tempatan.

Menjadi sebahagian daripada model baharu untuk rangkaian tahun 2021,Sportster S diperkenalkan di peringkat global pada Julailalu secara maya. Manakala pengedar sah Harley-Davidson di Malaysia pula mengadakan acara rumah terbuka eksklusif pada 30 hingga 31 Oktober lalu.

Sportster S 2021 ditawarkan pada harga RM92,900 dan tampil dengan pelbagai bentuk penambahbaikan. Jentera yang nampak begitu maskulin itu dibina di atas kerangka ringan, menjanjikan pengendalian lebih mantap.

Motosikal berkenaan dikuasakna oleh enjin Revoution Max 1250T V-Twin yang mampu menjana 121 kuasa kuda dan tork 127Nm. Kuasa tork boleh diperoleh sepanjang masa, sebaik sahaja pendikit dipulas dan ia disalurkan ke roda menerusi kotak gear enam kelajuan.

Penunggang boleh memilih di antara tiga mode tunggangan iaitu Sport, Road dan Rain yang dikawal secara elektronik. Penunggang juga boleh membuat tetapan tunggangan sendiri melalui mode yang disediakan.

Sportster S menggunakan suspensi jenis terbailik (USD) 43mm daripada Showa untuk roda hadapan dan monoshock Showa di belakang.

Tugas membrek pula diserahkan kepada brek hidraulik dengan cakera tunggal empat angkup di depan dan angkup monoblock bersama sistem ABS pada roda belakang.

Segala maklumat tunggangan dipaparkan pada skrin TFT bersaiz 4.0 inci dengan ciri Bluetooth yang turut menyokong ketersambungan telefon pintar, set kepala topi keledar untuk mendengar muzik dan menjawab panggilan.

Penunggang boleh menetapkan kelajuan sistem kawalan jelajah menerusi butang pada hendal sebelah kiri. Manakala hendal sebelah kanan pula menempatkan butang mode tunggangan, penghidup enjin dan kawalan sistem audio.

Ekzos berkembar tersebut disalut dengan material khas untuk menghalang daripada haba panas terkena paha penunggang. Jentera seberat 260kg itu hadir dengan pelana tunggal dan beberapa aksesori lain.

Jika berminat, jentera ini sudah boleh dibeli di mana-mana pengedar sah Harley-Davidson di seluruh negara dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, merah gelap dan putih.

GALERI

Google ads
Back to top button