
UPDATE TERBARU GRAN TURISMO 7 – LIMA KERETA BAHARU TERMASUK SEBUAH MPV KEGILAAN RAKYAT MALAYSIA
Satu lagi update terbaru untuk Gran Turismo 7 telah dilancarkan. Update 1.31 ini merangkumi kereta-kereta baharu, trek baharu dan beberapa ciri lain. Lebih menarik lagi update terbaru yang diumumkan pada 29 Mac baru-baru ini ialah muat turun update baharu ini adalah percuma.

Dua model bersejarah Porsche ditambah masuk ke dalam permainan ini dan model yang dimaksudkan adalah Porsche 959 dan Porsche Carrera GTS 904. Ya sebab korang kata kami ni pembatak Mazda kami dengan bangganya mengumumkan kemasukan terbaru Mazda 3 X Burgundy Selection ke GT7 ini. Best wei best.
Mana lengkap kalau asyik tambah kereta standard tanpa model perlumbaan. Untuk itu terimalah Audi RS % Turbo DTM musim 2019. Ganas kereta ni oo, jentera DTM la katakan.

Akhirnya khusus untuk mereka-mereka yang sukakan almari bergerak (bukan kami kata okey) dan mahu menonjolkan kejayaan masing-masing termasuklah bapak-bapak menteri semua. Terimalah Toyota Alphard Executive Lounge 2018. Dijamin bebas dari kemalangan semasa kat Jepun.
Dua cabaran ditambah kepada Litar Nurburgring yang dinamakan Nurburgring Endurance dan Nurburgring Sprint yang akan memberikan cabaran dan peluang kepada pemandu mengasah bakat mereka. Tak ada bakat pun tak apa, main je kat rumah sendiri. Apa ada hal.
Banyak lagi ciri lain sebenarnya tak larat nak senaraikan satu-satu dalam bulan puasa ni. Korang ada PS5 tu try lah tengok-tengok. Kalau tak ada kumpul duit beli PS5 dan GT7. Bila lagi nak merasa belasah Alphard atas litar.
Jiran-jiran dan saudara mara yang pakai Alphard pun tak dapat peluang ni okey. Itulah kelebihan orang yang main games.


