SELAMAT DATANG KE GRAN TURISMO 7 NISSAN SKYLINE GT-R KENMERI
Update terbaru Gran Turismo 7 bulan ini menyaksikan pertambahan empat kereta baharu termasuklah Nissan Skyline GT-R Kenmeri. Penambahan terbaru KPGC110 melengkapkan generasi GT-R dalam game tersohor ini.
Video yang dipaparkan menunjukkan aksi-aksi yang semestinya tidak berani dilakukan pemilik Kenmeri di dunia nyata. Gila kau, silap-silap terbabas seksa jiwa ooo. Dah lah Kenmeri GT-R ni ada 197 unit je di dunia ni.
Paling best bagi peminat kereta macam kami ni mestilah perincian yang diberikan di bahagian dalam dan luar kereta ini. Tak pandai main game pun tak apa janji dapat rasai sendiri keseronokan memandu model-model rare dalam game ni. Jadilah kan. Tapi tengoklah gambar dalamannya, panel pintu tu pun nampak real habih. Nasib baik tak ada pakej bau kereta lama sekali.
Jadi apa lagi 3 kereta lain tu PokYa? Fuh, jangan bimbang semua best-best contohnya Maserati Merak 1980 (nama pun merak kau, mesti la lawa boh), R35 Nismo GT3 2018 dan last sekali Mazda Roadster NR-A (Miata track ready daa… siap dengan roll-cage dan cangkuk penunda dan tempat duduk Mazdaspeed). Haih popular betul la kereta Abang Japar kau ni. Sabar je lah.
Kita layan je lah video ni. Nanti kita main pulak kat games pulak. Haih bila la diorang nak masukkan trek Mentakab dalam GT 7 ni?
Kredit japanesenostalgiccar.com