
UPDATE GRAN TURISMO 7 – KINI ANDA BOLEH PANDU JAGUAR XJ220 DAN MERCEDES-AMG GT3
Bagus Gran Turismo 7 ni, ada saja update yang diberikan untuk menjadikan ia lebih menarik. Update terbaru menyaksikan penambahan 4 buah kereta, naiktaraf dua litar, penambahan latar belakang Scapes baharu dan macam-macam lagi.

Tarikan utama semestinya ialah Jaguar XJ220 yang satu ketika dahulu pernah dinobatkan sebagai kereta produksi paling laju di dunia. Masa tu Bugatti belum hip macam sekarang. Tiga buah lagi kereta ialah Mercedes-AMG GT3 yang berkuasa dan dua buah jentera Super Formula Dallara SF23. Satu dari Toyota dan satu lagi dari Honda. XJ220 tu boleh dibeli di Legend Cars.
Selain daripada kereta-kereta baharu, pemain juga boleh berlumba dalam acara baharu di World Circuits seperti Watkins Glen International, Circuit de Sainte-Croix, Fuji International Speedway dan Hypercar Parade, Interlagos. Kaki-kaki lumba memang akan meleleh airliur punyalah dengan pengalaman baharu ni.

Scapes ataupun studio fotografi untuk permainan ini menambah dua lagi lokasi penggambaran. North Yorkshire dan Miyazaki. Boleh la korang ambil gambar kereta kegemaran dan kongsikannya dengan seluruh dunia menerusi media sosial.
Sebagai tambahan ada berapa sesi perbualan dengan pereka kereta dan watak-watak terkenal lain dimuatnaik dalam GT Café. Boleh la untuk tambah pengetahuan korang tentang kereta-kereta dan watak-watak dalam permainan.
Brand Central turut dinaik taraf khususnya untuk muzium dengan seksyen khusus untuk Super Formula dan Brembo. Ya, korang boleh pelajari sesuatu tentang dua jenama terkenal ni sejak dari awal penubuhan sehingga sekarang.

Pendek kata GT7 ni ada macam-macam untuk korang selain dari berlumba sampai pengsan. Siapa kata games ni untuk budak-budak je. Kolot betul la.





