Buletin

KEMPEN FIELD FIX MITSUBISHI

Pengedar rasmi kenderaan jenama Mitsubishi di Malaysia,  Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) semalam mengumumkan kempen Field Fix yang melibatkan 1,869 unit kereta kompak terbaharunya, Mitsubishi Mirage yang dijual mulai 6 November 2012 hingga 31 Mac 2013.

Kempen yang dilaksanakan sebagai salah satu usaha pencegahan dan keselamatan itu akan menggantikan alat pengesan kelajuan roda hadapan Mirage. Ia dimulakan oleh pihak Mitsubishi Motors Corporation (MMC) di Jepun.

Walaupun tidak ada sebarang insiden buruk berlaku di Malaysia, kempen itu perlu kerana alat pesesan kelajuan tersebut boleh menjejaskan prestasi brek Mirage. MMM sudah menghantar notis pemberitahuan kepada para pelanggannya. Kos penukaran akan ditanggung sepenuhnya oleh Mitsubishi Motors.

KERETA - cover Mirage (3)

“Kami memohon maat atas kesukaran yang timbul. Keselamatan para pelanggan memang menjadi keutamaan dan kami tidak berkompromi dengan kualiti produk yang ditawarkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tetsuya Oda.

MMM memohon para pelanggannya supaya membuat temu janji di mana-mana pusat servis Mitsubishi yang sah di seluruh negara. Proses penukaran komponen itu akan mengambil masa selama satu jam.

MMM juga memberi jaminan bahawa semua Mirage yang terlibat dalam kempen ini akan diperiksa dengan teliti. Maklumat lanjut seperti senarai penuh pusat servis boleh didapati di laman web: www.mitsubishi-motors.com.my

Pelanggan juga boleh menghubungi talian 1-800-18-6611 (Isnin hingga Jumaat, 9:00am-5.00pm) untuk bantuan selanjutnya.

garaj - mirage warna

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button