Pandu Uji

AUDI A1 SPORTBACK

Selepas sukses dengan model Audi tiga pintu yang diperkenalkan sebelum ini,  pengedar kenderaan jenama Audi di  Malaysia, Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil) tampil dengan tawaran terbaharu kepada pengguna tempatan.

Untuk tempoh terhad, versi lima pintu Audi A1 Sportback kini ditawarkan pada harga RM179,900 seunit, sebelum tanda harga sebenar iaitu RM185,000 berkuat-kuasa tidak lama lagi.

Disifatkan sebagai model Audi paling mampu milik dalam rangkaiannya, Audi A1 Sportback dijana oleh unit  enjin 1.4 TFSI petrol berkuasa 122hp dan tork 200Nm. Ia dipadankan dengan kotak gear  berkembar S tronic automatik tujuh kelajuan.

mekanika - A1 (4)

Prestasinya? Jentera kompak ini boleh mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh cuma sembilan saat. Kelajuan maksimum adalah 203km/j. Biarpun begitu, ia tetap menjimatkan dengan bacaan penggunaan bahan api sekitar 5.3 liter untuk setiap 100 kilometer.

Ciri-ciri standard yang ada pada model premium itu ialah seperti rim aloi 16 inci, kerusi belakang boleh lipat, pendingin hawa automatik dan  lampu daytime running lights (DRL) dan ESP bersama sistem differential lock terkini.

Kalau mahu lebih bergaya, pilih sahaja Audi A1 Sportback versi S Line. Varian itu  tampil berbeza dengan rim aloi 17 inci daripada quattro Gmbh, suspensi sports S line selain kemasan kulit pada ruang dalamannya.

mekanika - A1 (3)

Walaupun nampak kompak, ia masih boleh menempatkan penumpangnya dengan selesa. Kapasiti ruang kargonya sama dengan varian tiga pintu iaitu 270 liter. Apabila kerusi dilipat, ruang seluas 920 liter tersedia untuk digunakan.

Sistem audio Audi Concert dengan monitor boleh ditarik bersaiz 6.5 inci bertindak sebagai asas kepada pakej ketersambungan lain yang meliputi sistem antara muka Audi (AMI) dan penstriman audio Bluetooth dan kad SD kedua.

Naik taraf seterusnya ialah pakej teknologi yang merangkumi sistem navigasi MMI, cakera keras untuk memainkan grafik 3D pada resolusi tinggi, pemain DVD dan AMI.

mekanika - A1 (10)

Satu lagi ciri yang biasanya tidak ada di dalam kereta segmen tersebut adalah sistem Bluetooth telefon dalam talian. Ia membolehkan kereta bertukar menjadi hotspot WLAN yang menyambungkan peranti di dalam kereta dengan internet.

Sistem itu juga memudahkan urusan navigasi menerusi bantuan imej-imej Google Earth. Ciri-ciri tambahan mewah yang lain ialah audio tuner digital dan sistem bunyi keliling jenama Bose dengan 14 unit pembesar suara.

Audi A1 Sportback kini sedia untuk dipandu uji di beberapa buah bilik pameran Euromobil terpilih.
[hr]

Galeri

mekanika - A1 (7)mekanika - A1 (1)mekanika - A1 (8)mekanika - A1 (6)mekanika - A1 (2)mekanika - A1 (5)mekanika - A1 (9)

 

 

 

 

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button