Motosikal

SPYSHOT: SUZUKI GSX-R250

Bulan lalu, Mekanika melaporkan tentang ketibaan model Suzuki GSX-R250 pada acara New Delhi Auto Expo 2016.

Suzuki-Gixxer-250-China

Namun, sebelum rasmi dilancarkan gambar model produksi berkenaan sudah bocor di alam maya. Spyshot yang dipercayai sebagai versi akhir Suzuki GSX-R250 itu diambil dari kilang Suzuki di Changzhou, timur China.

Dikatakan bahagian enjin memiliki perbezaan yang besar berbanding Inazuma 250. Justeru, tentunya model ini dibangunkan untuk pasaran Asian.

Di India, model berkenaan digelar sebagai Gixxer 250.  Speedometer yang digunakan GSX-R250 hampir sama dengan versi Gixxer 250. Kemungkinan, versi 2016 ini akan ada penambahan ciri.

suzuki-gsx-r250-gixxer-250-speedometer

Rekaan pelana terpisah tampil sporty. Dari segi posisi duduk, GSX-R250 kelihatan hampir seperti  sport touring.

Dahulu, jenama Suzuki pernah ditakuti pesaingnya kerana memiliki teknologi enjin yang jauh ke hadapan. Setelah vakum agak lama dalam arena automotif, kini mereka cuba melangkah jauh pada  tahun 2016. Harapnya, Malaysia akan membawa masuk model ini.

Info lanjut, lihat artikel (https://www.mekanika.com.my/motosikal/suzuki-gixxer-250-lancar-mac-hadapan)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button