Buletin

KEMPEN JOY OF BUYING HONDA – ADA 7 HONDA CITY UNTUK ANDA MENANGI!

Honda Malaysia dijangka terus mengujakan pasaran menerusi kempen Joy of Buying sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan ulang tahun Honda ke-70.

Kempen itu akan berlangsung mulai 1 September hingga 31 Oktober 2018.

Ia terbuka kepada kepada semua pelanggan yang menempah mana-mana model Honda di antara 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 dan didaftarkan dalam tempoh 1 September hingga 31 Oktober 2018 (model yang sama).

Pelanggan hanya perlu menjawab bagaimana slogan “The Power of Dreams” telah mengubah hidup mereka, tidak lebih 50 patah perkataan. Jawapan boleh diberi dalam Bahasa Malaysia atu Inggeris. Hantar jawapan anda ke laman web rasmi Honda Malaysia, www.honda.com.my.

Selama tujuh minggu, seorang pemenang bertuah pada setiap minggu yang tampil dengan jawapan paling kreatif bakal memandu pulang hadiah utama berupa sebuah Honda City.

17 orang pemenang hadiah kedua berpeluang memenangi sistem teater rumah Sony Blue-ray. 277 orang pemenang hadiah ketiga pula akan menerima Brangan eksklusif Honda Malaysia. Hadiah akan diberikan secara mingguan, bermula minggu ketiga September 2018.

Kempen Joy of Buying merupakan salah satu cara Honda Malaysia memberi ganjaran kepada pelanggan yang menyokong jenama tersebut.

Sokongan itu dapat dilihat pada prestasi jualan syarikat yang mencatat jumlah pendaftaran paling tinggi iaitu 12,808 unit kenderaan pada Julai lalu.

City, Civic dan Jazz menjadi model paling laris dengan mencatat 36, 19 and16 peratus. Sehingga kini, model CKD Honda City, Jazz, HR-V, BR-V, CR-V, Accord dan Civic menjadi peneraju dalam segmen masing-masing.

Honda Malaysia juga dijadual memperkenalkan model popular, HR-V facelift tidak lama lagi.

Google ads
Back to top button