BuletinMotosikal

ZEELENBERG, FORCADA SAH SERTAI PASUKAN SEPANG MOTOGP

Tahun depan bakal bermula cabaran baru bagi pasukan satelit paling muda dalam MotoGP. Pasukan Petronas-Sepang MotoGP akan memulakan musim pertama dalam perlumbaan paling berprestij menerusi pasukan satelit Yamaha.

Semalam, berlangsung sidang akhbar sempena British MotoGP yang akan berlangsung minggu ini. Pengurus Yamaha Motor Racing mengumumkan Wilco Zeelenberg dan Forcada yang akan menyertai pasukan Petronas-Sepang MotoGP sebagai pegawai pengurusan.

Zeelenberg sebelum ini berkhidmat sebagai juruanalisis prestasi pelumba untuk Maveric Vinales dilantik sebagai pengurus pasukan Petronas-Sepang MotoGP.

Beliau akan menyertai Ramon Forcada yang telah diumumkan sebagai sebahagian dari pasukan pengurusan Petronas-Sepang MotoGP lebih awal.

Kombinasi Zeelenberg, Forcada dan Lorenzo memenangi tiga kejuaraan MotoGP dan 43 perlumbaan sebelum pelumba Sepanyol itu  meninggalkan Yamaha untuk ke pasukan Ducati.

Zeelenberg dan Forcada kemudiannya menguruskan VInales yang mencatat lima kemenangan pembukaan pada 2017.

“Saya rasa, ia adalah fasa kritikal untuk kami memberi sokongan kepada pasukan baru,” ujar Jarvis.

“Kami gembira, pasukan Sepang bersetuju mendapatkan khidmat Ramon. Beliau juga bermotivasi untuk terus memberikan khidmat pada pasukan muda ini.

“Wilco akan menjadi pengurus pasukan dan kami rasa, ia gandingan yang bagus. Wilco mengetahui segalanya tentang Yamaha dan menggunakan khidmat dari kedua-dua mereka adalah asas untuk memberikan persaingan terbaik lebih-lebih lagi bagi pasukan baru.

 

Google ads
Back to top button