Buletin

KEMPEN MERDEKA GWM 2025: HADIAH RM120,000 MENANTI PELANGGAN

Sempena bulan kebangsaan, GWM Malaysia memperkenalkan Kempen Merdeka 2025 dengan tema “Gaya Wawasan Malaysia”, yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 28 September 2025.

Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik, promosi khas serta siri jelajah di seluruh negara, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan rakyat Malaysia.

Sepanjang tempoh kempen, semua bilik pameran GWM yang terlibat akan menganjurkan peraduan Merdeka “Book & Win” setiap hujung minggu.

Pelanggan yang membuat tempahan kenderaan berpeluang menggandakan nasib mereka, hadiah cabutan bertuah segera di lokasi serta penyertaan untuk Cabutan Bertuah Utama bernilai sehingga RM120,000.

Antara hadiah utama yang menanti pemenang termasuk:

  • iPhone 16 Pro (128GB)
  • Nintendo Switch 2
  • DJI Osmo Pocket 3
  • Philips Air Purifier
  • Xiaomi X20+ Robot Vacuum
  • Samsung Galaxy A56
  • Marshall Acton III
  • Sony WH-1000XM5 Noise Cancelling Headphones
  • Galaxy Watch 7
  • Dyson Cool Fan

Peraduan ini akan diadakan selama tujuh hujung minggu berturut-turut, dari 16 Ogos hingga 28 September 2025, di bilik pameran terpilih seluruh negara.

Selain itu, GWM Malaysia turut menawarkan tawaran eksklusif Ogos merangkumi pakej istimewa, nilai tambah menarik dan penjimatan masa terhad bagi semua model GWM.

GWM GOES ON TOUR

Bagi mendekati lebih ramai rakyat Malaysia, GWM Goes on Tour akan diadakan dengan pelbagai aktiviti interaktif, pandu uji serta promosi khas di beberapa lokasi strategik:

Zon Tengah

  • Mid Valley Kuala Lumpur: 10–14 September
  • GF Luxe, 1 Utama: 7 Okt – 6 Nov

Zon Utara

  • Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang: 30 Okt – 2 Nov
  • Ipoh Parade: 6–9 Nov

Zon Selatan

  • Paradigm Mall, Johor Bahru: 27–31 Ogos

BILIK PAMERAN BAHARU DI KLANG

Dalam masa yang sama, GWM turut memperluaskan rangkaiannya dengan pembukaan bilik pameran baharu di Klang, bertempat di PT 4209, Jalan Kapar, Kawasan 18.

Kemudahan baharu bersaiz 3,900 kaki persegi ini dilengkapi ruang menunggu pelanggan selesa seluas 1,140 kaki persegi, tiga ruang servis, serta kapasiti menyelenggara sehingga 200 kenderaan sebulan.

Waktu operasi ditetapkan dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk jualan, dan 8.00 pagi hingga 5.30 petang bagi servis (tutup pada Ahad dan cuti umum).

Cawangan ini dijangka memberikan pengalaman runcit bertaraf premium dengan sokongan selepas jualan yang lebih mantap.

Google ads
Back to top button