Buletin

BMW M BIKE – KITA BELI BASIKAL DULU BARU BELI BMW M5 OKAY!

Kereta keluaran BMW M memang diketahui sangat tinggi sehinggakan harganya sekali ganda model standard. Tidak dinafikan, model-model M adalah versi prestasi yang lebih ‘keras’ dan menyerlah berbanding model standard.

Disebabkan harganya yang begitu tinggi, bukan semua orang mampu memillikinya.

Usah risau kerana ini adalah kenderaan M paling mampu milik. Ia adalah BMW M Bike Limited Carbon Edition yang dihiasi warna eksklusif Marina Blue Bay Metallic sedondon dengan BMW M5.

Supaya lebih eksklusif, basikan ini hanya dihasilkan dalam unit terhad iaitu sebanyak 500 buah sahaja. Rangka basikal ini diperbuat daripada aluminium menggunakan kaedah hydro-formed dan digabungkan bersama satu lagi bahan ringan iaitu karbon.

Fork, pelana dan spacer kesemuanya diperbuat daripada bahan premium ini bagi memastikan ia bergerak lincah dan mempunyai prestasi terbaik.

BACA: PRODRIVE HASILKAN BASIKAL LIPAT PALING RINGAN DI DUNIA

BACA: BASIKAL BUGATTI, £39,000 (RM215,000) SEUNIT – MMM… HARGA DIA

Peralatan lain juga terdiri daripada kualiti tinggi seperti tayar 28 x 2.0 Continental CruiseCONTACT dengan sistem keselamatan dan brek hidraulik Shimano BR-M315.

Menariknya, kesemua 500 unit terhad ini mempunyai tanda Limited Carbon Edition dan didatangkan dengan sijil khas lambang ia benar-benar terhad.

Harga BMW M Bike Limited Carbon Edition ini ialah Euro (Jerman) 1400 atau bersamaan RM 6999. Mengikut standard basikal lain, harga tersebut tidak terlampau tinggi tambahan pula ia keluaran BMW M dan dikeluarkan dalam unit terhad.

Kalau beli untuk dibuat objek hiasan rumah pun okay. Baru lengkap koleksi BMW. 

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”26″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button