Artikel Pilihan

AUDI AJAR CARA PASANG KIPAS PADA ENJIN CARA BETUL

Disebabkan ramai rakyat Malaysia suka pasang kipas pada bahagian depan air intake enjin, kali ini kami nak bercerita bagaimana Audi memasang kipas elektrik pada sistem enjin mereka. Kipas bukan macam korang kipas boss tapi Sistem yang dipakai sebagai supercaj bagi enjin Audi. Minggu lepas kami sudah bercerita berkenaan teknologi antilag milik Volvo bagi mengatasi masalah turbo lag. Ia sangat ringkas dan berkesan.

Kali ini kita bersembang berkenaan teknologi antilag milik Audi dan ia lebih kompleks berbanding dengan Volvo. Menggunakan konsep supercaj namun ia dikuasakan oleh motor elektrik berbanding dengan tali sawat. Kami mengatakan konsep ini kompleks kerana melibatkan sistem generator 3kw, sistem bateri 48 volt dan akhir sekali sistem kompressor dengan saiz 7kW iaitu bersamaan 9. 4 kuasa kuda. Besar ye kuasa yang diperlukan oleh supercaj elektrik ini.

Aplikasi ini dipasang pada enjin 4000cc V 8 silinder enjin dengan teknologi turbo berkembar. Jadi sistem ini akan membantu sistem turbo berkembar yang dipasang pada enjin V8 mengatasi masalah turbolag. Sebaik sahaja pemandu menekan pedal minyak, dalam masa 0.025 saat sahaja sistem supercaj elektrik akan berputar sehingga 70,000 RPM memberikan respon pantas pada sistem sementara meninggu sistem turbo beroperasi secara efisyen.

Sistem ini akan beroperasi pada RPM rendah ke RPM pertengahan. Sebaik sahaja enjin memasuki RPM pertengahan, sistem suapan udara akan bergantung pada sistem turbo sepenuhnya dimana ia boleh beroperasi secara efisyen tanpa masalah turbo lag. Sistem supercaj elektrik akan dimatikan. Sekiranya enjin beroperasi pada RPM yang lebih tinggi, sistem enjin akan mengoperasikan sistem turbo kedua dengan kapasiti yang lebih besar.

Namun jika pemandu terus meminta lebih banyak kuasa, kedua-dua turbo akan beroperasi secara serentak bagi menghasilkan tekanan yang maksimum bagi operasi enjin RPM pertengahan ke RPm tinggi dalam keadaan full throttle. Enjin ini juga ada sistem pemasaan injap ekzos yang bijak. Pada RPM yang rendah, hanya 1 injap ekzos dengan bukaan kecil akan diaktifkan dan menyalurkan gas ekzos pada sistem turbo yang kecil

Pada RPM yang tinggi, sistem pemasaan akan menggunakan memilih injap ekzos kedua dengan bukaan yang lebih tinggi bagi menyalurkan gas ekzos kepada sistem turbo kedua yang lebih besar. Namun jika pemandu terus menekan pedal minyak rapat ke lantai, kedua dua injap akan beroperasi secara serentak bagi memastikan kedua dua sistem turbo beroperasi.

Jadi apakah persamaan sistem supercaj kuasa elektrik ini dengan sistem kipas yang diiklankan di media sosial? Dari segi penggunaan tenaga elektrik, kipas biasa yang diiklankan di media sosial mendapat kuasa elektrik daripada bateri 12 volt biasa. Sedangkan bateri tersebut perlu digunakan untuk pelbagai sistem elektrik yang lain seperti lampu, sistem audio dan juga perkakasan elektrik yang lain.

Berdasarkan pengiraan yang dilakukan oleh jurutera Audi, sistem supercaj tersebut memerlukan 9.4 kuasa kuda untuk berputar pada 70,000 RPM bagi mendapatkan kesan yang diperlukan. Bateri 12 volt tak mampu membekalkan kuasa tersebut. Kalau setakat motor kecik cinonet tue, pasang saja kat enjin kereta tamiya. Ia memerlukan kuasa yang sangat tinggi dan perlu dilakukan dengan pantas bagi menghasilkan kuasa.

Dalam aplikasi elektrik, formula kuasa ialah :

Power: Volt x Ampere

Dalam sistem Audi ini, ia membekal kuasa elektrik setinggi 145 Ampere dan 48 Volt menghasilkan 7000watt. Jika anda menggunakan bateri 12 Volt, ia hanya akan menghasilkan 1.75kw sahaja. Jadi sistem 48 volt yang dipasang pada merupakan sistem yang mahal dan hanya dipasang pada SUV berkuasa tinggi sahaja. Generator 3kW perlu ditambah, ia memerlukan sistem bateri 48 Volt, dan sistem penstabil arus 48 volt bagi memastikan supercaj berkuasa elektrik ini berfungsi

Sistem elektrik 48 Volt ini akan dipasang pada kereta Dan semua sistem ini akan menjadikan sistem pendawaian elektrik 12 Volt semakin kompleks. Untuk memastikan sistem ini beroperasi dengan sempurna, maka ia tidak murah tuan tuan. Jadi ini menjawab persoalan mengapa ia hanya dipasang pada model flagship Audi sahaja iaitu Crossover SQ7 sahaja. Dan diharapkan penerangan ini menjelaskan kenapa kami gelak guling – guling apabila melihat komen pemasangan kipas dengan motor elektrik tamiya dipasang pada enjin anda.

Google ads
Back to top button