
KERETA ANDA TAK MAMPU CAPAI 130 KM/J? – LUPAKAN IMPIAN UNTUK MEMANDU DI LITAR NURBURGRING
Litar Nurburgring ni memang popular tuan-tuan. Tak percaya tanyalah mana-mana pemandu Myvi yang ada pelekat Nurburgring kat belakang. Mesti diorang pernah test power kat situ. Percayalah. Takkan saja-saja tampal kan?

Litar Nurburgring bukan setakat panjang tapi ia juga menawarkan pemandangan yang sangat menarik dan lebih istimewa lagi ia menawarkan acara yang dinamakan Touristenfahrten ataupun “tourist rides” yang bermaksud pemanduan santai untuk pelancong.
Mana-mana pemandu yang berlesen boleh memandu kereta apa saja di dalam litar ini dengan bayaran antara RM150-180. Best oo. Rasa macam pandu kereta dalam permainan Gran Turismo.
Sebelum ini ia terbuka untuk semua kereta jadi tak mustahil kalau korang boleh nampak kereta-kereta kompak klasik berada di dalam litar bersama dengan Porsche GT3 dan macam-macam supercar lain.

Namun kini pihak Nurburgring telah mengenakan peraturan baharu yang menghalang kereta-kereta dengan kelajuan kurang dari 130 km/j dari memasuki litar. Rasanya untuk kereta-kereta moden memang tak ada masalah tapi kadang-kadang yang datang tu ada juga otai-otai yang pandu kereta lama.
Diorang bukan setakat melihat kelajuan kereta tapi juga akan menyemak kelajuan maksima asal kereta tersebut sewaktu keluar dari kilang. Dengan kata lain kalau korang pandu Morris Minor klasik tapi menggunakan enjin RB26 DETT yang memang dah sah-sah lebih dari mampu memecut melebihi 130 km/j anda masih dikira tidak layak sebab enjin asalnya memang tidak berkemampuan. Tak adilkan? Tapi dah itu litar diorang, terima je lah.
Peraturan ini pun diperkenalkan kerana acara tourist rides ni dah jadi terlampau popular. Dah la kereta-kereta kompak moden ni pun dah laju yakmat. Memang bahaya la kalau atuk-atuk ni asyik dok bergurau dengan nenek muda sambil bersantai dalam litar lejen ni.
Keselamatan memang sangat diberi perhatian semasa tourist rides ni. Maklum sajalah yang datang tu macam-macam perangai. Ada yang perasan pro, ada yang pandu macam nak cari rumah sewa da nada juga yang gila bergambar. Kemalangan tu memang dah jadi perkara biasa dalam sesi tourist rides ni.
Pihak berkuasa litar kini telah memasang sistem keselamatan bercirikan AI yang akan mengaktifkan lampu-lampu amaran di sepanjang litar jika berlaku kecemasan. Canggih bukan? Bila nak bawa Axia baharu korang tu test kat sana?