Buletin

POLIS BERJAYA TAHAN PEMILIK MOTOSIKAL GUNA NOMBOR PLAT ‘SAYANG AWOK’

Baru-baru ini tular sebuah foto di media sosial, memaparkan seorang penunggang motosikal menggunakan nombor pendaftaran ‘sayang awok’.

Penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun telah ditahan oleh pihak berkuasa di Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan berikutan Op Samseng Jalanan dijalankan Bahagian Siasatan dan Pencegahan Trafik (BSPT) daerah Kuantan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud, suspek, 25 tahun, disiasat mengikut Seksyen 108 (3)(e) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Kita pun ‘sayang awok jugok’ dan ibu bapa atau penjaga mohon pantau anak-anak agar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat seperti merempit,” katanya.

Tambah Kamarulzaman, dua lagi individu, masing-masing berusia 22 tahun turut ditahan dalam operasi itu.

“Kedua-dua suspek melakukan aksi wheelie di jalan Tanah Putih dekat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

“Kesemua suspek dibawa ke balai polis trafik Kuantan untuk siasatan lanjut. Kesalahan membabitkan nombor pendaftaran kenderaan antara paling tinggi iaitu sebanyak 19 notis.”

Untuk rekod, Op Samseng Jalanan mencatatkan sebanyak 66 saman atas pelbagai kesalahan. – Sinar Harian

Google ads
Back to top button