
Buletin
KERETA API BERTEMBUNG DI PRAGUE. 1 MAUT, 35 CEDERA
Sebuah kereta api penumpang dan kargo bertembung di ibu negara Czech, mengorbankan seorang pemandu dan berpuluh-puluh lain cedera.
Bahagian Keselamatan Rel Czech berkata, pemandu kereta api penumpang mati dalam kemalangan berhampiran stesen Cesky Brod di timur Prague kira-kira pukul 9.30 malam pada Selasa lalu.
Insiden berlaku selepas kereta api penumpang merempuh kereta api kargo yang sedang berhenti.

Kira-kira 35 orang penumpang dilaporkan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan
Semasa kejadian terdapat kira-kira 100 orang di dalam kereta api berkenaan.
Ini merupakan kemalangan kedua dalam seminggu selepas sebuah kereta api penumpang dengan kereta api kargo di sempadan Czech-Jerman pada 8 Julai lalu. – agensi
- BACA: POLIS SWITZERLAND CARI PENUMPANG KERETA API TERTINGGAL JONGKONG EMAS BERNILAI RM1 JUTA
- BACA: ULANG TEDUNG SELA DITANGKAP DI STESEN KERETA API SINGAPURA
- BACA: TERTIDUR DI ATAS LANDASAN, 16 MIGRAN DIGILIS KERETA API DI INDIA
- BACA: KERETA API GELINCIR DARI LANDASAN DI UTAH – RATUSAN KERETA ROSAK TERUK







