Artikel PilihanBuletin

NISSAN ARIYA EV KEKALKAN RUPA PARAS MODEL KONSEP – INI BARU NGAM

Kereta yang dihasilkan untuk produksi biasanya memang jauh berbeza dari rekaan konsep. Kebiasaannya masa konsep nampak futuristik dan canggih sekali bila keluar terus jadi kereta mak-mak pergi pasar beli barang basah. Lain pula ceritanya dengan Nissan Ariya 2022. Rupa parasnya sahaja menjadikan penantian anda berbaloi.

Kenderaan EV terbaru Nissan ini ditawarkan dengan 4 pilihan enjin. Model asas dikuasakan bateri 65kWh dengan 215hp kuasa dan 300Nm tork. Nissan mendakwa varian ini mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat dengan kelajuan tertinggi 160 km/j. Jarak operasinya sekali cas penuh ialah 450 km. ia berdasarkan ujian yang dijalankan di Jepun.

Varian seterusnya juga ialah model pacuan 2-roda dengan bateri yang lebih besar (90kWh) dengan 239hp kuasa dan 300Nm tork. Varian ini mampu bergerak sehingga 610 km/j.

Dua lagi varian yang ditawarkan ialah model pacuan all-wheel-drive dengan bateri 65kWh dan 90 kWh. Model dengan bateri 65kWh mampu membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 5.4 saat. Kelajuan maksimanya ialah 200 km/j dan mampu bergerak sejauh 430 km.

Model flagship pula dilengkapi bateri 90 kWh dengan 389hp kuasa dan 600Nm tork! Kelajuan dan torknya hampir sama dengan kembar all-wheel-drivenya tapi jarak operasiny kini bertambah kepada 580 km. Boleh dah balik Bachok dengan sekali cas.

Pereka-pereka di Nissan mengekalkan rekaan konsep asal Aria dan mengalu-alukan falsafah rekaan baru yang dinamakan ‘Timeless Japanese Futurism’. Gril hadapan menampilkan rekaan 3D dan dihiasi dengan logo bahar Nissan. Paling menonjol sekali tentulah pilihan rim yang boleh didapati dengan saiz 19 dan 20 inci. Rekaan lampu belakang one-piece tu memang satu idea baharu yang kami yakin akan menjad ikutan selepas ini.

Menjengah ke bahagian dalam, keseluruhannya memang nampak segar. Sekali pandang macam dalam café pun ada. Lantai dan papan pemuka berbentuk rata memang membuatkan dalaman nampak lebih luas. Dua unit paparan bersaiz 12.3 inci memang membuatkan keadaan nampak teratur dan segala info kelihatan lebih mudah diakses.

Tiada lagi butang-butang fizikal untuk ditekan dan digantikan dengan kawalan sesentuh yang lebih moden. Ianya hanya akan dapat dilihat bila enjin dihidupkan. Illiminasi LED memang satu keajaiban dalam dunia automotif.

Ariya turut dilengkapi dengan sistem bantuan pemanduan ProPILOT 2.0 dan ProPILOT Remote Park dari Nissan. Jika versi 1.0 dahulu membantu pemandu mengekalkan pemandu dalam haluan dipilih selain membantu dalam kesesakan lalulintas, versi 2.0 pula lebih maju lagi kerana membolehkan pemandu melepaskan tangan dari roda stereng dalam keadaan tertentu. Sistem ini disokong oleh 7 unit kamera,radar gelombang bersaiz 5mm dan 12 unit sensor ultrasonik.

Ariya akan mula diedarkan di Jepun pada pertengahan tahun 2021 manakala penghantaran ke Eropah, AS dan China dijangkakan pada penghujung 2021 dengan harga permulaan sekitar RM196K.

Google ads
Back to top button