Buletin

SILENCE S04 EV KOMPAK MADE IN SEPANYOL

Syarikat pengeluar Sepanyol, Silence mendedahkan kenderaan elektrik (EV) kompak terbaharu dikenali sebagai S04.

EV terbaharu itu didatangkan dengan bateri yang boleh ditanggal dan ditukar ganti bersesuaian untuk digunakan di kawasan bandar.

Jentera S04 menawarkan dua varian iaitu L6e dan L7e yang memiliki kuasa output dan keupayaan bateri berbeza untuk pilihan para pembeli.

Model berkenaan ditawarkan pada harga bermula AS$8,695 (RM 36,006).

EV itu didatangkan dengan ukuran 2.33 meter panjang dan 1.56 meter lebar membenarkan ia mudah dikendalikan serta parkir.

Ia menawarkan rekaan moden dilengkapi lampu utama LED dan pelapis plastik berwarna hitam dipadankan pada bahagian fender serta bampar. 

EV kompak berkenaan hadir dengan dua tempat duduk serta ruang kargo berkeluasan 310 liter untuk keselesaan pengguna.

Varian L6e mendapat khidmat motor elektrik 8 hp dan kelajuan maksimum 45 km/j.

Bagi varian L7e pula, ia mendapat kuasa mencecah 19 hp dengan kelajuan maksimum 90 km/j.

Selain itu, ciri-ciri lain termasuk tingkap elektrik, penghawa dingin, sistem kunci pintar dan ABS. – carscoops

Google ads
Back to top button