Artikel Pilihan

KERETA KONSEP FERRARI 512S MODULO 1970 AKHIRNYA BERGERAK DI JALANRAYA

Ini adalah model konsep 512S Modulo yang dipertontonkan oleh Ferrari pada 1970. Namun, ia tidak pernah bergerak sebagai sebuah kereta pun.

Namun James Glickenhaus dan pasukannya telah bekerja keras untuk menyaksikan karya agung ini bergerak di atas jalan raya selepas 48 tahun diperkenalkan. 

512S Modulo ialah kereta pameran  futuristik yang direka oleh firma Pininfarina dan dilancarkan pada tahun 1970 di Geneva Motor Show. Ia berdasarkan pada chasis perlumbaan Can Am dan dilengkapi enjin 5.0 liter V12 yang menghasilkan 550 kuasa kuda.

BACA: 9 KERETA KONSEP ANG BERJAYA

Ya. 550 kuasa kuda pada 1970 tuan-tuan.

Ia adalah keajaiban teknologi kejuruteraan enjin pada era tersebut. Sebagai perbandingan Ferrari 365 GT4 Berlinetta Boxer menawarkan ‘hanya’ 380 hp.

Namun sebenarnya apa yang membuat Modulo unik adalah reka bentuknya.

Pininfarina mencipta rekaan futuristik yang menjadikannya kelihatan seperti UFO, dengan konsep kanopi kaca.

Jim Glickenhaus membeli kereta pameran ini pada 2014. Bekas produser filem dan pelabur kewangan itu terkenal dengan ketaksubannya pada kereta Ferrari. Beliau juga memiliki beberapa prototaip terbaik syarikat Maranello itu.

GALERI

Google ads
Back to top button