
PROTON X50 CATAT TEMPAHAN 100,000 UNIT DALAM MASA 16 BULAN. LARIS BETUL NI…
Proton baru-baru ini memaklumkan bahawa SUV kompak keluarannya, X50 telah mencatat tempahan sebanyak 100,000 unit dalam masa 16 bulan.
Angka itu menjadikannya X50 mengekalkan posisinya selaku SUV paling laris dalam kelasnya. X50 diminati ramai kerana ia menawarkan ciri yang berbaloi untuk harga.
Pada Februari sebanyak 3,002 unit X50 telah berjaya dijual. Manakala SUV lebih besar iaitu X70 pun mencatat jualan sebanyak 1,119 unit.
Sejak dilancarkan pada Oktober 2020, X50 terus mendapat permintaan dan minat yang cukup memberangsangkan daripada pengguna di Malaysia. Jentera berkenaan ditawarkan dalam empat varian iaity 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5TGDi Flagship.
Tiga varian dikuasakan oleh enjin turbo tiga silinder yang mampu menjana 148hp dan tork 226Nm. Sementara enjin pada varian Flagship lebih berkuasa dengan 177hp dan tork 255Nm. Kedua-dua enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar (DCT) tujuh kelajuan.
Ia juga hadir dengan tiga mode pemanduan iaitu Normal, Eco dan Sport, selain butang yang menawarkan fungsi Bantuan Parkir Automatik (APA).
- BACA: RACECHIP BUAT PROTON X50 LEBIH POWER. PENINGKATAN KUASA SEHINGGA 30%!
- BACA: PANDU UJI: PROTON X50 1.5 TGDI . KENAPA TUNGGU SAMPAI 6 BULAN?
- BACA: PERMINTAAN TERLALU RENDAH, PROTON TANGGUH TEMPAHAN VARIAN STANDARD X50
- BACA: GEELY LANCAR BINYUE PRO (PROTON X50) FACELIFT 2021. PERUBAHAN MINIMUM, LEBIH SPORTY