,
Buletin

TOYOTA PANGGIL SEMULA LEBIH 12,000 UNIT ALPHARD DI CHINA. ROSAK APA PULAK NI?

Toyota dilapor akan memanggil semula sejumlah 12,637 unit Alphard yang diimport sepenuhnya mulai 29 Disember depan.

Langkah itu diambil berikutan berlaku kerosakan pada program kawalan pengecasan MPV mewah tersebut. Difailkan oleh Toyota Motor (China) Investment Co., panggilan semula melibatkan Alphard yang dikilangkan di antara11 Disember 2017 hingga 29 Mac 2019.

Menurut pihak Pentadbiran Garis Panduan Pasaran Negeri, kerosakan komponen pada komputer kawalan enjin itu boleh membuatkan kuasa bateri merosot secara tidak normal.

Situasi itu mungkin akan menyebabkan enjin tidak boleh dihidupkan dan memberi risiko kepada pengguna.   

Toyota menyatakan ia akan menyelesaikan masalah itu dengan memeriksa bateri dan menggantikan alat ganti yang rosak secara percuma.

Dalam perkembangan berbeza, Toyota melonjak ke tempat kedua dalam carta jualan kenderaan dari Januari hingga September 2019 di pasaran automotive terbesar di dunia itu.

Pengeluar dari Jepun itu mengalahkan General Motors yang sebelum ini menjual jutaan kenderaan setahun di sana. Lonjakan jualan kenderaan Toyota disumbang oleh fokusnya terhadap teknologi hijau dan usaha jualan yang agresif.   

Tags
Google ads
Back to top button