
PIHAK BERKUASA MINTA YOUTUBE BUANG VIDEO ‘KIA CHALLENGE’, KES KECURIAN SEMAKIN MENINGKAT
Biro Jenayah Insurans Kebangsaan dan Persatuan Unit Penyiasatan Khas Antarabangsa telah menghantar surat kepada Ketua Pegawai Eksekutif YouTube, Susan Wojcicki, meminta syarikat itu mengeluarkan video ‘cara untuk mencuri kereta’ daripada saluran itu.
Di saluran Youtube, terdapat beberapa video dengan nama “Kia Challenge” di mana ia memaparkan secara terperinci untuk mencuri kenderaan Hyundai dan Kia.
Jabatan Syerif Cook County di Chicago berkata, 601 kenderaan Hyundai dan Kia telah dicuri Ogos lalu, menyaksikan peningkatan 936 peratus berbanding 58 kenderaan yang dicuri pada Ogos 2021.

Manakala di Los Angeles pula, dilaporkan lebih 3,970 kenderaan Hyundai dan Kia telah dicuri di St. Louis pada tahun lepas. Di Milwaukee, dua pertiga daripada 5,144 kenderaan yang dicuri hingga Julai 2021, ialah jenama Hyundai atau Kia.
Ketua Pegawai Eksekutif Biro Jenayah Insurans Kebangsaan, David Glawe, berpendapat klip ini harus dibuang kerana penjenayah menggunakan platform media sosial untuk mempelajari helah serta teknik mencuri kenderaan.
Pengarah Eksekutif Gabungan Menentang Penipuan Insurans, Matthew Smith juga mempunyai nada yang sama, berpendapat bahawa video terbabit membahayakan pengguna Amerika selain ia akan meningkatkan lagi kes kecurian kenderaan dan tegas mengatakan sudah tiba masanya untuk amalan seperti ini dihentikan.
- BACA: KES KECURIAN, PROTON WIRA ‘PALING PANAS’, MYVI BERADA DIPOSISI KEENAM
- BACA: MODUS OPERANDI BAHARU – CURI KERETA SEWA DAN JUAL DENGAN HARGA MURAH. HATI-HATI!
- BACA: TOYOTA MULA TAWAR SOLUSI ELAK KECURIAN CATALYTIC CONVERTER DI US
- BACA: PENCURI CERDIK DITAHAN BERSEMBUNYI DI BELAKANG FORD RAPTOR – TERINGIN MAIN SOROK-SOROK KE