Buletin

TOYOTA MULA TAWAR SOLUSI ELAK KECURIAN CATALYTIC CONVERTER DI US

Toyota Amerika Syarikat sedar kes kecurian komponen ekzos yang digelar penukar bermangkin yang semakin berleluasa.

Para pembeli model baharu Toyota Prius 2023 pasti akan perasan penawaran aksesori yang dinamakan sebagai Cat Shield dihasilkan oleh syarikat California, Miller Cat.

Ia merupakan satu perisai aluminium yang dipasang di sekitar kawasan penukar bermangkin, siap dengan kit skru kalis kecurian bertujuan untuk mengelakkan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk membawa lari komponen berharga itu.

Selain daripada Toyota Prius, aksesori Cat Shield ini sebenarnya turut ditawarkan pada model-model Toyota yang lain seperti Corolla, Sequioa, Tacoma, Tundra dan 4Runner.

Kos untuk penambahan aksesori pelindung penukar bermangkin ini adalah sekitar $140. – Motor1

Google ads
Back to top button