Artikel Pilihan

KERETA PALING BURUK YANG PERNAH DIHASILKAN

Kalau di negara kita rasanya banyak kereta yang dihasikan agak hensem rupa parasnya jika dibandingkan dengan negara luar. Walaupun kita pernah ada model yang agak sukar untuk ditelan seperti Juara, Honda City 2006, Nissan Gerobok dan macam macam nama gelaran binatang yang diberikan tapi sebenarnya masih ok lagi jika dibandingkan dengan model luar negara.

Kali ini kita akan review model kereta yang paling buruk, paling tak senonoh dan direka oleh designer yang putus cinta ketika buat lakaran kerja.

1. Fiat Multipla – walaupun rekaan bujur bulat ini sebenarnya bagus untuk menghasilkan ruang dalaman yang luas tapi ia sebenarnya langsung tak menarik. Seperti dugong bunting anak 8. Rekaan Multipla dihasilkan oleh Roberto Giolito dengan 6 tempat duduk (3+3).

Setelah memenangi anugerah Kereta Paling Hodoh oleh Top Gear pada tahun 2000, rekaannya yang bulat-bulat diganti dengan rekaan yang lebih berpetak bagi versi facelift.

2. Pontiac Aztec- kalau anda nak tahu, Aztec ialah satu nama suku kaum orang asli di Mexico dan kami tak paham bagaimana nama ini boleh dipilih. Bahagian depan dan belakang kereta ini langsung tidak koheren dan bagaikan direka oleh 2 individu berbeza. Rekaan lampu, tiang D, wheel arch tayar dan bampar depan bagaikan dihasilkan oleh budak tadika baru melukis

3. Chryles PT Cruiser – direka oleh gabungan 3 idea oleh orang boss besar di Chrysler yang berasaskan inspirasi rekaan gaya retro 1930an. Kalau kami jadi bos mereka, mungkin ketiga-tiga mereka akan dikarate di bahagian halkum sebanyak 7 kali seorang. Bahagian depan nampak macam lori kontena yang disambung dengan Volkswagen Beetle di bahagian belakang

4. Nissan S-Cargo- jika anda rasa kereta anda tak lawa, bersyukurlah kerana in bukannya Nissan S-Cargo. Walaupun hanya dibuat untuk JDM, model ini hanya dijual selama 2 tahun sahaja. Ia mungkin sesuai untuk membawa Joker bersiar-siar sebelum tengkuknya patah dikarate oleh Batman. Bersyukurlah kerana Nissan Gerobok anda lagi lawa dari S-Cargo ini

5. Jensen SV-8 – kereta ini sebenarnya dihasilkan oleh sebuah syarikat kecil yang berada di Liverpool dengan enjin kereta ini diperolehi dari enjin Ford. Tapi kami tidak pasti bagaimana bahagian depan dan belakang kereta ini diilhamkan. Kedudukan jeriji udara, rekaan lampu dan bampar depan nampak serba tak kena

6. Aston Martin Lagonda Shooting Brake – kalau anda rasa versi sedan memang tidak lawa, maka versi wagon memang huduh yang amat. Dengan rekaan depan yang nipis dan lebar, serta bahagian belakang yang seperti dikimpal kemudian tanpa mengambil kira keseimbangan rekaan kereta antara bahagian depan dan belakang.

7. Alfa Romeo SZ- biasa kita nampak model Alfa Romeo ni semua hensem segak bergaya. Tapi biasa la, dalam setandan pisang mesti ada yang buah tak lawa. Model SZ ini dijual dari tahun 1989-1991 merupakan kereta sport 2 pintu enjin depan pacuan belakang. Tapi rupa dia huduh yang amat, lawa lagi Proton Arena. Siapa yang buat rekaan dan yang meluluskan rekaan ini patut dikurung bersama buaya

8. Ssangyong Korando 1996-2006- sudah la nama dia tak sedap, tahyul tambah pulak design yang merepek. Tapi kami hairan bagaimana kereta ini boleh terjual selama 10 tahun. Kalau dibandingkan dengan generasi ke 3 dan ke 4 jauh sangat bezanya. Tapi kalau anda nak tahu rekaan ini dihasilkan oleh Professor Ken Greenly. Cuba anda semak rekaan graduan London Royal Art College seperti Peter Schreyer, jauh sangat beza tue

9. Renault Avantime 2002 – ini adalah contoh kenapa rekaan automotif berasal dari Peranchis selalu kena gelak dalam dunia. Ia direka oleh Β Philippe GuΓ©don bagi menghasilkan sebuah MPV 5 tempat duduk dengan 2 pintu ala-ala coupe. Alasan Philippe ialah ia sebuah kereta untuk anak-anak pemilik Renault Espace. Pada tahun 2003 Renault menamatkan pengeluaran Avantime selepas hanya 8557 unit sahaja yang terjual. Ia merupakan rekod jualan di dunia yang paling teruk

Google ads
Back to top button