Motosikal

LANGGAR PENCURI MOTOSIKAL SAMPAI MATI, LELAKI DITUDUH MEMBUNUH

Seorang mangsa curi motosikal berdepan tuduhan membunuh selepas melanggar dua orang pencuri ketika mereka cuba melarikan diri. 

Mihai Dinisoae, 32, dilapor terjaga pada awal pada pada 3 Mei lalu apabila terdengar seseorang cuba mencuri motosikal Honda miliknya. 

Mahkamah Newcastle Crown diberitahu bahawa Dinisoae turun ke tingkat bawah sebelum mengejar Mikey Dunwiddie dan Joshua Malloy, kedua-duanya berusia 28 tahun yang cuba melarikan diri dengan motosikalnya. 

Dinisoae yang memandu sebuah Vauxhall Vectra kemudian melanggar motosikal itu sebanyak dua kali dari arah belakang. Pelanggaran kedua menyebabkan kedua-dua pencuri tersebut terpelanting dan Malloy mati serta-merta selepas terkena sebatang tiang lampu. 

Selepas pelanggaran itu, suspek dilapor melarikan diri dari tempat kejadian dan orang ramai cuba untuk menyelamatkan mangsa di tepi jalan. Dia menafikan tuduhan itu yang turut menyebabkan Dunwiddie mengalami cedera parah. 

“Dalam situasi ini, defendan didapati telah menggunakan keretanya sebagai senjata. Kemalangan ini bukan disebabkan oleh penunggang hilang kawalan secara sendiri. 

“Jika anda sengaja melanggar motosikal dengan penunggang dan pemboncengnya tidak memakai topi keledar, anda mesti tahu ia akan mengakibatkan kemalangan serta mangsa mungkin boleh cedera parah,” kata pendakwa raya, Toby Hedworth. 

Perbincaraan dijadual bersambung tidak lama lagi. 

Google ads
Back to top button