Artikel Pilihan

NI LUBANG AIRCOND KE? JAWAPAN SEBENAR MENGEJUTKAN ANDA

“Bang, ni lubang aircond ke?” tanya Dak Wan semasa penggambaran Mazda CX-5

Penulis menggaru kepala dan cuba menjawab soalan yang tiada jawapan. Ahh lebih baik tanya pada Chat GPT

Sebenarnya soalan ini telah lama bermain di minda penulis, apa fungsi lubang seakan corong penyaman udara pada tiang A kereta ini. Penulis cuba beberapa kali merasa dengan tangan, namun sudah pasti tiada aliran udara sejuk yang keluar

Menurut ChatGPT, lubang tersebut digunakan untuk menempatkan sistem sensor penyaman udara bagi sesetengah kereta yang menggunakan sistem penyaman udara automatik. Ia bertindak memberi input kepada sistem penyaman udara untuk melaraskan suhu pada tahap yang dikehendaki oleh pemandu

Sesetengah kereta akan memasang sensor kelembapan pada ruang yang sama, dimana sensor ini akan mengesan kelembapan di dalam kereta dan bertindak membuka sirip penyaman udara untuk menghilangkan kelembapan dalam kabin secara automatik. Keadaan ini menyeban udara keluar masuk dan mengurangkan suhu sejuk dalam kabin

Namun semakan lanjut mendapati lubang pada A pillar ini digunakan untuk memasang mikrofon bagi sistem Bluetooth dan menyokong penggunaan telefon bebas tangan (dengan Android Auto atau Apple Car Play)

Sistem microfon ini juga akan menerima arahan dan perintah suara (voice control) yang akan diintegrasikan dengan sistem multimedia Mazda i-Connect. Berbeza dengan sistem lama (yang pernah digunakan oleh penulis dan dipasang pada sistem multimedia) sistem yang dipasang pada A pillar lebih efisyen dan boleh menerima suara pemandu dengan lebih jelas

Mikrofon ini dipasang pada A pillar kerana ia lebih dekat dengan mulut pemandu, tidak mengganggu penglihatan ke depan, dan tidak mengganggu rekaan kabin. Pada masa yang sama ia juga jauh dari gangguan bunyi pembesar suara dan juga corong penyaman udara

Google ads
Back to top button