Artikel Pilihan

55 TAN SAMPAH PLASTIK DIKUTIP OLEH THE OCEAN CLEANUP. KIA NAK BUAT APA PULA DENGAN SAMPAH PLASTIK NI?

Umum mengetahui bahawa lautan adalah tempat pembuangan sampah terbesar di dunia. Dan untuk itu, pengeluar kenderaan dari Korea Selatan, Kia merancang untuk menggunakan plastik kitar semula hasil daripada tangkapan kapal berjumlah 55 tan di Lautan Pasifik.

Hasil daripada sejumlah besar bahan kitar semula itu bakal digunakan semula untuk kegunaan model baharu EV mereka kelak.

Jumlah dengan rekod terbesar itu adalah hasil tangkapan daripada rakan kongsi global Kia, The Ocean Cleanup, susulan daripada kerjasama yang ditandatangani pada April 2022 sebagai daripada transformasi Kia untuk menjadi penyedia penyelesaian mobility mampan yang terkemuka.

The Ocean Cleanup, sebuah projek bukan untung antarabangsa dengan misi membersihkan lautan yang dipenuhi sampah plastik, telah mendaratkan tangkapan plastiknya di Victoria, Pulau Vancouver, Kanada.

Hasil sampah ini telah dikeluarkan telah dikeluarkan daripada Lautan Pasifik menggunakan teknologi pengekstrakan The Ocean Cleanup Sistem 002 berikutan pelayaran yang panjang melalui Great Pacific Garbage Patch (GPGP). GPGP ini  akan mengumpulkan sisa terapung terbesar di dunia dan mempunyai anggaran luas permukaan 1.6 juta kilometer persegi – bersamaan tiga kali ganda saiz negara Perancis.

Proses kitar semula plastik yang diambil akan dimulakan kemudian, dan Kia akan menggunakan sebahagian daripadanya sebagai bahan untuk pembangunan dalam model akan datang. Dasar ini sejajar dengan komitmen Kia dalam menyediakan penyelesaian mobiliti mampan yang mempunyai kesan yang boleh diukur dalam mencapai kemampanan  berbentuk skala.

Kia sebelum ini sebenarnya telah pun berjaya melaksanakan lebih daripada 30 penyelesaian mampan dalam pelbagai bidang produk, termasuk fabrik dan permaidani menggunakan PET kitar semula, kulit alternatif berasaskan bio dan cat bebas BTX*.

Untuk rekod, model EV9, model SUV elektrik sepenuhnya dengan tujuh tempat duduk, telah menggunakan sisa kitar semula, termasuk jaring ikan yang diambil dari lautan, digunakan untuk membuat karpet lantai kenderaan.Malah komponen plastik turut diperbuat daripada kitar semula terhadap pembinaan EV9 ini

Dan kapal The Ocean Cleanup ini telah menggunakan teknologi baharu System 03 menggantikan System 02. The Ocean Cleanup ini menyasarkan untuk membersihkan kira kira 90% sampah plastik yang terapung menjelang 2040.

BACA : CERITA PIALA DUNIA, HYUNDAI DAN KIA

BACA : KEMPEN K SURPRISE SERIES KIA – BONUS SEHINGGA RM15,888

Google ads

B K

Back to top button