Buletin

KIA DEDAH SPECS SPORTAGE 2022. TERRAIN MODE. PILIHAN ENJIN PETROL, DIESEL, HIBRID DAN PHEV

Kia Motors akhirnya memperkenalkan generasi kelima SUV popularnya, Sportage. SUV itu tampil dengan dua jarak roda berbeza untuk pasaran Asia dan Eropah, di mana Sportage untuk Eropah adalah lebih pendek. 

Berbanding model terdahulu, Sportage 2022 hadir dengan varian hibrid dan plug-in-hybrid (PHEV), selain yang dikuasakan oleh enjin petrol serta diesel. Sportage dikuasakan oleh nenjin petrol 1.6 liter turbo 177hp dan toek 265Nm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan atau auto klac berkembar 7 kelajuan. 

Bagi peminat enjin diesel, Sportage dibekalkan dengan enjin 2.0 liter berkuasa 183hp dan tork 417Nm. Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatik 8 kelajuan. Kia akan mendedahkan perincian mengenai versi hibrid dan plug-in hybrid bersama ciri E-Handling tidak lama lagi. 

Apa yang menarik, Sportage menerima mode pemanduan yang dikenali sebagai Terrain Mode. Sistem itu membolehkan pemandu memilih di antara model pemanduan Drie, Comfort, Eco Sport dan Smart untuk disesuaikan dengan permukaan jalan sama ada berlumpur, berpasir atau bersalji. 

Kia juga menambah kawalan elektronik pada suspensi yang beroperasi bersama sistem AWD untuk hantaran kuasa optimum. 

Dari segi gayaan, Sportage baharu memang jauh berbeza berbanding model lama. Ini dapat dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan yang rekaan lampu utama Matrix LED, lampu DRL LED berbentuk boomerang, gril radiator dan bampar. Bahagian belakang pula kelihatan menarik dengan rekaan lampu LED berbentuk tajam dan bampar serba baharu. 

Pelanggan boleh memilih rim bersaiz 17, 18 atau 19 inci yang hadir dengan pelbagai rekaan, warna dan kemasan. 

Di ruang kabin. pemandu dihidangkan dengan sepasang skrin bersaiz 12 inci yang membentuk kluster instrumen dan skrin sentuh sistem infohibur.

Aspek keselamatan ditingkatkan melalui teknologi Advanced Driver Assistance System (ADAS). Selain ciri kawalan jelajah pintar, Blind-Spot Collision-Avoidance Assist (BCA), Blind-Spot View dan banyak lagi. 

GALERI

Google ads
Back to top button