Motosikal

HONDA KOLABORASI DENGAN NANOBLOK HASILKAN SUPER CUB. CUMA RM39 SEUNIT

Di pasaran, terdapat banyak set Lego yang diinspirasikan daripada motosikal seperti model Harley-Davidson Fat Boy dan Ducati Panigale 4S. 

Bagi menghargai peminat motosikal klasiknya, Honda akan bekerjasama dengan pembuat permainan Jepun, Nanoblock unuk menghasilkan model Super Cub. Mula diperkenalkan ke pasaran pada tahun 1958, kapcai tersebut cukup popular menerusi kempen You Meet the Nicest People on a Honda. 

Dibina di atas kerangka underbone, menggunakan enjin mesra pengguna dan berharga muraj, Super Cub sememangnya amat diminati di seluruh dunia.

Jadi, tidak hairanlah jika ia diiktiraf sebagai motosikal yang paling banyak dihasilkan dalam sejarah. Pada tahun 2017, Honda mengeluarkan Super Cub yang ke-100 juta unit. 

Set Super Cub Nanoblock itu terdiri daripada 200 komponen dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu hijau dan biru. Harganya juga cukup murah iaitu cuma ¥1,045 (RM39) serta mengetengahkan rekaan yang ringkas dan comel. 

Google ads
Back to top button