
KIA REKRUT SEORANG LAGI BEKAS PEREKA TERNAMA DARI BMW – JOHN BUCKINGHAM
Nak tahu kenapa Kia power sangat sejak tahun-tahun kebelakangan ini? Pereka tuan-tuan, pereka ataupun biasa kita sebut designer. Ingat sikit dulu Kia pernah keluarkan Kia Sephia dan Spectra. Memang sangat-sangat tak lawa tapi itu dulu. Kemasukan pereka-pereka dari Bavaria seperti Jochen Paesen, Wong Kyu Kang dan Karim Habib mengubah segalanya.

Kini senarai pereka hebat semakin bertambah dalam kem Kia dengan kemasukan John Buckingham yang sebelum ini merupakan salah seorang pereka BMW Group dan pengarah kreatif BMW Designworks, AS.
Pereka kelahiran British ini telah berkhidmat secara professional di BMW selama 13 tahun. Beliau bertanggungjawab terhadap rekaan konsep BMW 8-Series 2017 yang kini telah diproduksikan.

Buckingham kemudian berhijrah ke Bentley Motor pada 2018 dan kemudian ke Faraday Future pada tahun 2022 dan memberikan sentuhan akhir kepada FF91 yang bakal diproduksikan pada tahun ini.
Buckingham bakal melaporkan diri kepada VP Teck Koun Kim yang sebelum ini merupakan pereka kanan Mercedes-Benz dan sekarang dilantik sebagai ketua Kia Next Design Group. Buckingham dijangka akan menggunakan kepakaran beliau untuk model-model akan datang khususnya model-model EV.
Inilah rahsia kenapa model-model keluaran Kia sekarang hebat betul dan dah tak sama macam mula-mula mereka muncul dahulu. Pereka kena power boh, kalau tak memang kena kutuk la. Nak pula kalau jumpa dengan Abang Japar. Bisa oo bisa.








