KILANG NISSAN INI HASILKAN 40 JUTA UNIT ENJIN, MULAKAN PENGHASILAN BATERI SOLID STATE
Yokohama Plant merupakan kilang pertama yang dibangunkan oleh Nissan, memulakan operasi pada tahun 1935 aiaitu 2 tahun selepas Nissan ditubuhkan. Kilang ini telah menghasilkan 10 juta unit enjin pada tahun 1976, 20 juta unit enjin pada 1986 dan 30 juta unit enjin pada tahun 1997
Pada tahun 2023, kilang ini telah berjaya menghasilkan 40 juta unit enjin iaitu bersempena ulang tahun 90 tahun penubuhan Nissan. Antara fungsi utama kilang ini termasuklah sebagai pusat sehenti bagi pemasangan kenderaan Nissan, menghasilkan enjin pertama Nissan iaitu enjin L, enjin turbo L20E iaitu enjin pertama Jepun yang dipasang dengan turbo dan dikeluarkan secara besar-besaran.
Kilang Yokohama juga memasang enjin VG enjin V6 pertama Jepun, enjin QR, enjin MR, motor elektrik untuk EV dan e-Power dan Variable Compression Turbo Engine KR. Kilang ini juga bertanggungjawab untuk menghasilkan enjin VR38DETT yang dipasang oleh Takumi (pakar) bagi Nissan GT-R
Motor elektrik yang dipasang oleh kilang ini digunakan oleh Nissan Leaf, manakala komponen trenkuasa e-Power pula digunakan oleh Nissan Note. Bagi tahun perniagaan yang berakhir pada 2022, hampir 40% kapasiti pengeluaran tahunan Nissan disumbangkan oleh kilang Yokohama.
Bagi tahun perniagaan 2024, Nissan merancang untuk memulakan penghasilan bateri solid state di kilang ini yang akan dipasang pada kenderaan berkuasa elektrik milik Nissan. Kilang seluas 537,000 m² ini (termasuk pusat rekreasi dan kesihatan pekerja) menggajikan sekitar 3300 kakitangan. Ia berupaya mengasilkan sekitar 470,000 unit kenderaan setahun.