Artikel Pilihan

KISAH GENG BAS SEKOLAH

Sekali tajuk gaya Saluran Astro Ceria pula. Tapi yang Brader Karrager nak kongsikan adalah tentang kisah Bas Sekolah Kuning (Yellow School Bus). Bukan yang jenis yang van warna kuning tu iya adik kakak. Ini adalah kisah yang berasal dari tanah Amerika sana nu.

BACA : SETRA S 531 DT: BAS DUA TINGKAT TERMEWAH DI DUNIA

BACA : BUS RAPID TRANSIT (BRT) : JAWAPAN KEPADA KEBERKESANAN SISTEM LALUAN BAS

Adalah dipercayai warna kuning pada bas ini mula diaplikasikan sekitar tahun 1939 di Amerika Utara. Dan warna kuning yang dipilih adalah Kuning Krom (Chrome Yellow). Pemilihan warna yang terang ini mampu menarik perhatian dengan lebih cepat berbanding warna merah. Menurut kata bijak pandai, pemadanan warna kuning tersebut berserta blok perkataan berwarna hitam mampu dilihat dengan mudah waima pada pemandangan subuh hari sekali pun.

Bas sekolah pasca zaman kuno telah dibina oleh pengedar Ford, A.L. Luce pada 1927 berdasarkan casis Ford Model T. Panel kayu telah dijadikan sebagai badan utama bas tersebut. Dan kemudiannya beliau telah menubuhkan syarikat Blue Bird Body Company, khusus untuk membina bas dan kenderaan rekreasi. Dan semenjak dari itu, begitulah reka bentuk tipikal bas sekolah yang berasal dari Amerika. Mempunyai muncung gaya retro. Akan tetapi, rekaan bas sekolah di sana terbahagi kepada empat jenis berdasarkan kapasiti penumpang dan reka bentuk.

Jenis A dan B kebiasaanya mempunyai saiz yang tidak jauh beza dan jumlah kapasiti penumpangnya. Lebih kepada saiz bas mini di tempat kita. Jenis C dan D adalah tipikal bas sekolah kuning yang sebenar bagi gaya Amerika. Dengan kapasiti penumpang maksimum satu taman boleh sumbat, bas jenis ini sememangnya biasa kita lihat dalam filem mahupun telemovie dari Amerika. Akan tetapi yang menariknya, setiap bas sekolah ini mempunyai papan tanda bas berhenti di sisi bas yang akan terpasang sewaktu bas berhenti untuk mengambil penumpang sebagai ciri keselamatan tambahan.

Manakala di lain-lain negara terutamanya di Asia, penggunaan warna kuning terhadap bas sekolah turut diterima dan diguna pakai. Di tempat kita juga tidak terkecuali. Penggunaan van dari China banyak diguna oleh pengusaha bas sekolah bagi menggantikan bas sekolah / van sekolah yang sudah usang dan uzur. Tapi sebetulnya bas sekolah lama (model daripada bas mini) masih wujud dan digunakan di atas jalanraya walau pun jalan dah serupa ketam.

Paling menarik, di negara China sendiri yang sememangnya terkenal inovatif, mereka telah membuat sendiri bas sekolah kuning dengan gaya retro. Yutong, sebuah syarikat bas terkemuka dari China turut mengeluarkan model ZK6729DX, bas sekolah dengan gaya Amerika yang mempunyai kapasiti penumpang 35 orang.

Umum mengetahui, kebanyakkan bas sekolah menggunakan diesel sebagai bahan bakar utama. Tapi di zaman serba serbi dok sembang bab hijau, sudah tentu ianya turut menjadi topik perbualan. Cumanya sekali lagi, isu kos yang meningkat jika membeli bas hibrid mungkin membebankan pengusaha bas sekolah. Isu tambang sekolah zaman sekarang ini pun dah mahal. Nak kena caj tambang serupa tiket Legoland pula nanti. Jadi, beli sahajalah van China, iya tak?

Google ads

B K

Back to top button