Buletin

KISAH SI LEED PART 2 : EVO 9 WAGON PULA?

Jikalau pembaca perasan, page Mekanika pernah berkongsi sebuah iklan tentang sebuah Evo Wagon mampu milik untuk dijual dengan harga yang boleh dikira murahlah. Walau pun ber-kod-kan CS5W, yakni ianya adalah sebuah Lancer Cedia Wagon asalnya, namun sambutan yang diterima daripada pemilik asal boleh tahan hangat juga.

Berduyun yang PM Tepi. Apatah lagi ianya adalah spesis rare yang hampir mustahil untuk ditemui. Jangan ditanya macam mana Lancer Cedia Wagon ini boleh dibawa masuk. Sudah tentu, apabila ianya telah di make-up kan sebegini rupa, memang bisa membuatkan mana – mana lelaki bergetar tulang rusuk. Seksi oi!

Dan pemiliknya yang baharu tidak lain dan tidak bukan. Brader Tanah Arab, si Leed. Handal betul beliau berurusan dengan pemilik lama guna media sosial sahaja. Mujur juga si Leed ini mempunyai kawan – kawan yang sudi untuk recce terlebih dahulu kondisi sebenar Evo 9 Wagon jadian ini sebelum meneruskan hasrat untuk meminang si merah jelita ini memandangkan beliau masih lagi berada di Arab Saudi atas tuntutan kerja.

Akhirnya setelah menerusi beberapa rundingan, Leed berjaya menewaskan beberapa pencabar bagi memiliki si merah idaman hati. Sebaik sahaja tiba di KLIA, Leed bukannya terus menuju ke Melaka untuk ke kampung halaman, sebaliknya beliau memilih untuk menyelesaikan urusan pindahmilik terlebih dahulu di JPJ.

Walau pun sedikit gusar tentang penerimaan orang rumahnya, namun Leed tekad untuk meletakkan sang merah bersebelahan dengan Myvi merah yang telah dihadiahkan sebelumnya kepada isteri tercinta. Bijak juga percaturan si Leed ini kan?

Bagai pinang dibelah dua orang kata. Sama cantik, sama padan dan sama laju. Eh! Eh!

Sebetulnya, apabila memiliki Evo 9 Wagon ini si Leed barangkali hanya perlu memeriksa beberapa peralatan pakai & lusuh sahaja dan menggantikannya jika perlu. Tapi itu bukanlah Leed yang Brader Karrager tahu. Beliau mempunyai keazaman dan iltizam yang agak tinggi juga bagi menyolek sedikit demi sedikit dengan perkakasan rare.

Lip bampar hadapan CF Ralliart, cermin sisi JDM Evo 9, brace bar, door visor JDM, side step JDM dan juga panel dashboard JDM antara benda yang telah dipasangkan sewaktu pergi ber-shopping di kedai halfcut di Johor Bahru. Sebelumnya Leed sempat memperbetulkan idling kereta yang turun naik. FC pun tinggi serupa pakai V8.

Leed hanya menjawab pendek. FD Type R jadian masih ada. Tidak akan dijual. Cuma beliau hanya mahukan kuasa turbo pula. Sewaktu dipelawa untuk menaiki, memang sedap betullah naik Evo 9 Wagon jadian ini. Sedap sesedapnya. Auto pula tu. Nak hadap jem di Melaka ni pun tak adalah sakit hati sangat, iya tak?

Ketika Brader Karrager mengajukan soalan, apa sudah jadi dengan FD beliau, sama ada dah ready nak letak di Mudah atau tidak. Beliau hanya tersenyum seribu bahasa. Mujur Brader Karrager ni bukannya spesis PLU. Tak terfikir pula nak tergoda ke apa dengan senyuman si Leed ini.

Nak bawa anak bini pergi bercuti pun sedap boleh kepish kepish. Nak meniaga waktu Bazaar Ramadhan di Klebang pun tak ada masalah. Ruang kargonya cukup luas. Setakat nak guling – guling dengan anak – beranak memang tak ada hal lah!

Spesifikasi Kereta : 
Lancer Cedia Wagon CS5W  (2000/2005)
Body anniversary’s
4G63T Standard Evo 9 Wagon 
Turbo Evo9 MR  wastegate TIAL 38mm japan
Blow Off SQV Japan
Intake manifold/throttle body – Standard Evo 9 Wagon
Fuel pump DW200
ECU Recip Mines (Japan)Remove cut off 

Front BG EVO9 wagon 5speed (auto/manual)
Rear GB Airtrek 4wd
Ekzos – HKS Super Silent Japan – Piping 3inch front rear
Suspension Tein Type HA (belakang) / Ohlin (depan) 

Interior
Dashboard Evo 9 Wagon
Steering Evo 9 Wagon
Gear Console Evo 9 Wagon
Rear seat ralliart 
Evo9 Wagon tempat dudu pemandu
Evo 9 Sedan tempat duduk penumpang
Evo 9 Wagon RALLIART meters Defi oiltemp/watertemp/boost/volt/ ZD

BACA : KISAH SI LEED: PURIST HONDA

BACA : MITSUBISHI EVO 9 WAGON – KERETA SPORT BAPA MITHALI

Google ads
Back to top button