Artikel Pilihan

KISAH TOUCH ‘N GO & eWALLET YG SUNGGUH MENYAYAT HATI…

Sebenarnya kami ada pendapat sendiri tentang perlaksanaan sistem pembayaran tol di Malaysia. Jelasnya, bila bercakap tentang monopoli perniagaan, Touch N Go mungkin salah satu contoh mekanisme yang gagal mengikuti perkembangan semasa.

Tapi, kita sebenarnya tiada pilihan pun.

Di bawah, kami kongsikan pendapat saudara Adil Hidayat tentang realiti sistem yang digunapakai di negara ini. Ya. pedih kalau nak baca tapi memang itulah yang berlaku tuan-tuan.

…………………………………………………………….

Hari ni saya teringin nak balun Touch N’Go & TnG eWallet. Saya dah lama nak tanya soalan ni: APA MASALAH HAMPA SEMUA NI?? Sebelum kewujudan TnG eWallet ni, saya menggunakan TnG Zing Card CIMB. Kad itu sangat memudahkan saya, TnG Kad saya akan sentiasa auto-reload dengan cara tolak dari kad kredit CIMB saya. Tak payah fikir apa, tak payah kesah, TnG sentiasa cukup.

Lepas tu saya beralih ke eWallet sebab katanya semua kad TnG saya yang biasa boleh di ‘link’ ke eWallet dan setiap bayaran terhadap kad tersebut akan ditolak dari eWallet saya. TOLL, PARKING, payments etc….semua dalam satu platform.

Tapi lepas lama menggunakan eWallet ni, saya rasa macam nak campak je iPhone 12 Pro Max 512 GB yang saya belum beli lagi. Saya tak pasti geng TnG ni ada masalah kecelaruan mental ke, masalah kecelaruan jantina je, masalah kecelaruan hard-disk, atau masalah tidak sedar ada masalah.

1. kad TnG saya yang saya letak dekat SmartTag sepatutnya tolak semua bayaran tol dari eWallet. Dalam KL semua ok, pakai sana sini dia tolak pot pot pot (bunyi msg telepon lepas kena tolak duit).

Lepas tu, bila saya nak ke Johor, tetiba bila dah sampai sana nak lalu tol YANG BESAR GILA, lebih 6 lane kot, tetiba dia kata BAKI KAD TIDAK MENCUKUPI – RM 9.10. TOYOL BETUL LA. B4B1 MALU SIAL, bawak kereta mahal baki kad TnG 9 ringgit. Myvi pun ada RM 100.

Bila tekan interkom tu berkali-kali tetiba makhluk yg jaga tol tu cakap “Highway Plus tak menggunakan eWallet, tuan tak tahu ke”? “Tuan undur, dan pergi ke lane yang paling kiri untuk topup”.

Bagi pihak rayat Malaysia yang lain, ini jawapan saya kepada anda yg jaga tol tu “PALA HOTAK KAU”. Patut la ramai orang berkelakuan ganas kepada penjaga tol.

2. Saya nak masuk parking, nak cuba gunakan kad TnG saya untuk masuk. Tetiba dia tulis “BAKI TIDAK MENCUKUPI – RM 9.00”.

Bila ditanya dekat kaunter, dia cakap baki minima adalah RM 20.00. Lagi sekali bagi pihak rakyat Malaysia “PALE HOTAK KAU”.

Parking tu RM 2.00 sejam, apa masalah kena ada minimum balance? Kau ada check ke beg duit orang yang nak masuk parking tu ada berapa ringgit?

Tak pernah pulak jumpa mesin yang cakap “duit En. tidak mencukupi, dalam beg duit ada 2 ringgit je, sila berambus dan cari kerja, buat malu je……”

3. Bayar parking tidak akan tolak eWallet. Parking semua tolak duit yang reload dalam kad sahaja. Parking yang paling bodoh di dunia adalah parking yang hanya boleh guna TnG. Tak boleh bayar manual. Tukang buat banggunan dan yg duduk dalam banggunan tu semua bodo.

4. Sampai kiamat rasanya tak boleh reload TnG Kad guna online banking. Adoi la, apa la yang susah sangat. Kalau ZING CARD boleh tolak dari kad kredit, takkan la sampai 2020 ni tak boleh lagi reload TnG kad online? Scammer boleh cari cara curi duit orang sampai beratus juga, hampa yang buat TnG ni tak reti-reti nak cari solution?

5. Duit dalam eWallet tak boleh dimasukkan dalam Kat TnG, duit dalam Kad TnG tak boleh dimasukkan dalam eWallet – BODO macam ahli politik semasa.

6. Jap tol pakai RFID, jap buang RFID. APA NI. Buang je lah tol bodoh semua ni. Buat jem ja. Saya salahkan PH sebab menipu rakyat Malaysia kononnya nak hapuskan tol. Kalau tol dihapuskan, tak payah susah payah nak reload-reload ni. Kici Kici tak mampus, besar-besar buat tol menyusahkan orang.

Tulisan asal oleh – Adil Hidayat Rosli 

Google ads
Back to top button