Apa? Ducati Diavel mahal sangat? Nah, ni ada klon dia Benelli 502C. Sebenarnya, Diavel tu pun berkonsepkan cruiser+easy rider yang tak ada orang tiru. Mungkin sebab pelik., Tapi Benelli buat satu yang seumpamanya.
Menurut Benelli, 502C didatangkan dengan reka bentuk yang lebih agresif serta semangat yang lebih berani. Benelli 502C adalah
cruiser bandar di hasilkan untuk penunggang yangsuka menonjolkan keanggunan serta gaya diri bagi motosikal moden mereka.
“Ini adalah satu revolusi yang baru di Benelli, kerana telah melancarkan model jenis cruiser dalam bentuk “naked bike” dengan keperibadian yang kuat serta reka bentuk yang lebih kontemporari. Bagi memberi keselasaan kepada penunggang tempat pemijak kaki telah diubah sedikit di hadapan, tempat duduk yang lebih luas serta ketinggian 750mm dari lantai serta pemasangan lampu besar LED bagi mengekalkan reka bentuk yang asli.
BACA: BENELLI TRK251 DILANCARKAN
Seperti model motosikal Benelli yang sedia ada (Leoncino dan TRK502), Model 502C dilengkapi selinder berkembar empat ejang selari, penyejuk cecair dengan 4 injap setiap silinder dan double overhead camshaft bagi menawarkan penggunaan kuasa yang lancar dan pengunaan bahan api yang optimum.
Kuasa maksima adalah 47.6hp (35kW) pada 8500rpm dan tork adalah 45Nm (3.6kgm) pada 5000rpm. Benelli 502C dilengkapi dengan klac basah , kotak gear 6 kelajuan, suntikan bahan api elektronik dengan double throttle body berukuran 37mm.
Dengan rangka plat keluli trellis bagi memastikan Benelli 502C mempunyai kestabilan dalam tungangannya.
Sistem suspensi di bahagian hadapan menggunakan fork jenis terbalik yang berdiameter 41mm dan 125mm dan penyerap hentak tunggal di bahagian belakang beserta spring boleh laras 50mm.
Brek hadapan menggunakan 2 lapis brek cakera berukuran diameter 260mm manakala brek belakang menggunakan cakera 240mm dengan kaliper 4-piston.
Model ini menggunakan Rim Aloi Aliminium 17” dan tayar hadapan bersaiz 120/70-R17 dan tayar belakang bersaiz 160/60-R17. Ia juga dilengkapi tangki minyak berkapasiti 21 Liter.
Benelli 502C akan berada di pasaran mulai pertengahan tahun 2019.
GALERI
502C Spesifikasi | ||
Enjin | ||
1. Jenis | In-line 2 silinders, 4-strok, penyejukcecair, 8injap, double overhead camshaft | |
2. Anjakan | 500cc | |
3. Bore & Stroke | 69.0 x 66.8mm | |
4.Nisbah Mampatan | 11, 5:1 | |
5.Rated Output | 47.6hp @ 8500rpm | |
6.Tork | 45.0Nm @ 5000rpm | |
7. Pelincir | PelinciranTakunganbasah | |
8. Bekalanbahanapi | Suntikanbahanapi electronic dengan double throttle body 37mm | |
9.Sistem ekzos | pemangkinkonverterdan sensor oksigen | |
10.Piawaian | Euro 4 – CO2 emissions: 96g/km – Penggunaanbahanapi 4.2l/100km | |
11.Klac | Platbasahanminyak | |
12.Kotak gear | 6 kelajuan | |
13.Final Drive | pemacurantaian | |
AlatanElektrik | ||
1.Penyalaan | ECU – TLI | |
2.Spark Plug | NGK CR8E | |
3.Starter | Eletrik | |
Chasis | ||
1.Rangka | Tiub& plat kelulitangkai | |
2.Suspensi depan | fork terbalik 41mm | |
3.Stroke suspensidepan | 120mm | |
4.Suspensi belakang | Lenganayundengansentral shock absorber spring bolehlaras | |
5.Strok shock absorber belakang | 50mm | |
6.Brake depan | Double semi cakeraterapung 280mm dengan 4pistons caliper & ABS | |
7.Brake belakang | Single cakera 240mm dengan single piston caliper terapung& ABS | |
8.Tyre/Rim depan | 120/70-R17/Aluminium alloy | |
9.Tyre/Rim belakang | 160/60-R17/Aluminium alloy | |
10.Dimensi rim belakang | 17″xMT 3.50 DOT | |
Dimensi | ||
1.Panjang | 2280mm | |
2.Lebar (tanpacermintepi) | 940mm | |
3.Tinggi (tanpacermintepi) | 1140mm | |
4.Tinggi tempat duduk | 750mm | |
5.Jarak roda | 1600mm | |
6.Pelepasan Tanah | 170mm | |
7.Berat | 216kg | |
8.Isipadu tangkiminyak | 21liter |