
PERMINTAAN MENINGKAT, ETCM LANJUT PROMOSI EARLY BIRD UNTUK NISSAN KICKS e-POWER
Selepas dilancarkan di Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) mengumumkan lanjutan promosi Early Bird untuk model terbaharunya, Nissan KICKS e-POWER.
Tawaran eksklusif ini terbuka kepada 1,000 pelanggan pertama, merangkumi rebat pengenalan RM5,000 serta waranti komponen EV selama 10 tahun atau 160,000 km.
Berikut adalah perincian harga atas jalan (OTR) tanpa insurans dan pakej waranti bagi dua varian:

Selain lanjutan waranti, ETCM menawarkan perkhidmatan nilai tambah seperti:
- 62 pusat servis di seluruh negara dengan juruteknik e-POWER bertauliah
- Bantuan kecemasan 24 jam
- Lima hab alat ganti serantau
- Kereta gantian untuk pembaikan melebihi 24 jam
Model ini tersedia di Malaysia mulai Januari 2025 dalam dua varian: VL dan VLT, dengan enam pilihan warna menarik seperti Brilliant White Pearl, Sunrise Orange, dan Red Pearl.

Varian VLT turut hadir dalam pilihan dua tona dengan bumbung Super Black dan warna badan tambahan seperti Dark Metal Grey.
Dikuasakan oleh sistem e-POWER generasi kedua Nissan, SUV ini memberikan pengalaman pemanduan elektrik sepenuhnya tanpa memerlukan pengecasan luaran.
Sistem unik ini menggunakan enjin petrol 1.2-liter sebagai penjana untuk mengecas bateri Lithium-ion.
Ciri utama Nissan KICKS e-POWER termasuk:
- Tork segera dan pecutan lancar melalui motor elektrik
- Kecekapan bahan api luar biasa iaitu 21.7 km/l dengan jarak sehingga 900 km bagi satu tangki penuh
- Keselesaan unggul dengan kerusi hadapan Zero-Gravity dan penebat bunyi canggih
- Empat mod pemanduan—ECO, SPORT, STANDARD, dan EV—serta e-Pedal Step yang memudahkan pemanduan di bandar
Uji pandu Nissan KICKS e-POWER di bilik pameran terdekat anda dan untuk maklumat lanjut mengenai tawaran ini, lawati www.nissan.com.my.
- BACA: CFMOTO 750SR-R DIDEDAHKAN – ENJIN 4-SILINDER, 110HP
- BACA: SUZUKI SWIFT SPORTS PULA MUNCUL DENGAN FINAL EDITION – EDISI AKHIR ZC33S
- BACA: BARISAN PEMANDU M-SPORT FORD DIUMUM – GREGOIRE MUNSTER DAN JOSH McERLEAN SAHIH PANDU FORD PUMA RALLY1 MUSIM WRC 2025
- BACA: BUGATTI HASILKAN TEMPAT MINUMAN KHAS UNTUK SEORANG PELANGGAN – PUNYA LA MAHAL TAPI…