
KLIMS’13: FORD ECOSPORT & FIESTA 1.0L ECOBOOST
Ford Motor Company membuktikan komitmennya untuk meningkatkan penguasaan dalam pasaran kereta kompak apabila memperkenalkan model EcoSport serba baharu dan Fiesta yang dilengkapi enjin 1.0L EcoBoost pada Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS’13).
Pelancaran dua model global Ford itu dilihat membantu membina strategi pertumbuhan syarikat di Malaysia. Ford EcoSport dan Fiesta 1.0L EcoBoost dijangka menjengah pasaran pada awal tahun depan.
Ford EcoSport menawarkan pakej terbaik dari segi kualiti, keselamatan, nilai dan penjimatan bahan api. Ia juga memiliki sistem ketersambungan di dalam kereta yang boleh diaktifkan menerusi arahan suara iaitu Ford SYNC.
Sebagai tambahan kepada Ford SYNC, Ford EcoSport mengetengahkan teknologi-teknologi termaju seperti Kemasukan Tanpa Kunci Pintar, Ford Power Start dan alat pengesan ketika mengundur. Jentera ini dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti dua beg udara dan beg udara sisi. Selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Program Keselamatan Electronik (ESP). Ford EcoSport dijana oleh unit enjin 1.5 Ti-VCT yang juga dipasang pada model Ford Fiesta.
Sedia maklum bahawa Ford Fiesta adalah pemacu utama kejayaan jenama Ford di Malaysia. Justeru, Ford Fiesta 1.0L EcoBoost menambah varian Fiesta yang dilancarkan di Malaysia baru-baru ini. Enjin 1.0L EcoBoost menggabungkan sistem pancitan bahan api, pengecas turbo dan injap pemasaan boleh ubah untuk menawarkan tambahan penjimatan petrol sebanyak 20 peratus dan pengurangan emisi sehingga 15 peratus.
Walaupun menjadi enjin paling kecil dalam kelasnya, enjin 1.0L EcoBoost mampu menghasilkan kuasa sehingga 120PS dan tork 170Nm. Prestasi yang menyamai enjin petrol tradisional bersesaran 1.6 liter. Maka tidak hairanlah jika ia dinamakan sebagai penerima anugerah Engine of the Year untuk tahun 2012 dan 2013.
Pertama kali menyertai KLIMS, Ford berbelanja besar untuk acara ini dengan menganjurkan pameran yang bertemakan “Semalam, Hari Ini dan Masa Depan”. Ford memberi peluang
kepada para pengunjung untuk meneroka zaman lampau menerusi Model A Ford tahun 1928, model ikonik Ford Mustang Shelby GT500; dan model masa depan iaitu Ford Fusion Hybrid.
Ford turut mempamerkan rangkaian penuh kendeaan One Ford. Ini termasuklah versi istimewa Ranger dan model paling laris di dunia, Ford Focus serta varian Ford Kuga.
Barisan 11 kenderaan Ford yang dipamerkan termasuklah:
- EcoSport
- Fiesta 1.0L EcoBoost
- Ford Model A Pikap
- Ford Mustang Shelby GT500
- Ford Fiesta ST
- Ford Kuga Titanium+
- Ford Focus (kereta lumba)
- Ford Focus Sport+ Graphite baharu (modifikasi)
- Ford Ranger X-Terrain Edition (modifikasi)
- Ford Transit
- Ford Fusion Hybrid
Sepanjang KLIMS 2013, Ford akan menerima tempahan untuk model EcoSport dan Fiesta 1.0L EcoBoost. Para pelanggan yang membuat tempahan mana-mana kenderaan baharu Ford di pameran Ford di KLIMS akan menerima hadiah istimewa, sehingga stok masih ada.
Ford juga menawarkan kadar faedah serendah 1.38 peratus setahun untuk pembeli Focus Sport+ dan Focus Titanium+. Mereka juga akan menerima baucar beli-belah percuma. Jika anda membeli Ford Kuga, baucar itu juga boleh menjadi milik anda.
[hr]Galeri




























