Buletin

TAKUT KERETA KENA CURI? FORD ADA CARA GUNA HP

Sekarang ini kereta semakin canggih, bukan sahaja tentang teknologi mekanikal dan elektrifikasi tetapi juga merangkumi dunia terhubung atau connected car.

Nadi utama pada teknologi terhubung berada pada sambungan internet dan membolehkan kereta anda menjadi peranti pintar. 

Contoh terdekat bagaimana Proton X70 menyediakan pelbagai maklumat untuk pemilik dengan data dan arahan boleh dibaca dan dibuat melalui telefon pintar.

Satu lagi kelebihan teknologi terhubung ialah ciri keselamatan dan ini fungsi yang ditawarkan oleh Ford melalui sistem SecuriAlert.

 

Biasanya kenderaan dilindungi dengan penggera bunyi dan teknologi SecuriAlert memberi amaran terus ke telefon pintar.

Apabila diaktifkan, sistem SecuriAlert akan menghantar makluman kepada telefon pintar pemilik apabila ia mengesan beberapa aktiviti seperti percubaan membuka pintu atau dengan menggunakan kunci.

Bagaimana sistem SecuriAlert berfungsi?

Pemilik mengaktifkan SecuriAlert dan ia boleh dihidupkan dan dipadamkan melalui aplikasi FordPass di telefon pintar mereka.

Apabila dah aktif, sensor pada kereta akan mengenalpasti jika ada sebarang percubaan untuk masuk ke dalam.

Menggunakan modem onboard FordPass Connect, sistem secara serta merta menghantar push notification ke telefon pintar pemilik kereta.

Aplikasi FordPass akan memberikan sekali maklumat seperti masa dan dan punca SecuriAlert memberi amaran serta lokasi terakhir kereta yang diketahui. 

Jika terdapat percubaan memasuki ke dalam kereta menggunakan kunci, sistem SecureAlert mampu mengesannya dan menghantar amaran kepada pemilik.

Fungsi ini penting dalam mengenalpasti percubaan untuk masuk ke dalam kereta menggunakan kunci klon atau yang dicuri. 

Maknanya, jika kunci kereta dicuri atau dibuat pendua dan digunakan untuk membuka pintu, sistem mampu menghalang dengan memberi amaran kepada pemilik untuk mengambil tindakan lanjut.

Apabila pemilik nak gunakan kereta, hanya perlu nyahaktif fungsi SecuriAlert melalui aplikasi yang sama.

Sistem untuk kenderaan Ford ini baru lagi dan pertama kali diperkenalkan pada model komersial Ford awal tahun 2021.

Kini ia ditawarkan kepada pemilik kenderaan Ford yang lain dan setakat ini lebih daripada 100,000 kenderaan Ford di United Kingdom mempunyai akses kepada teknologi SecuriAlert.

Apa yang penting di sini ialah bagaimana teknologi terhubung menawarkan pelbagai fungsi kepada pengguna dan satu lagi objek penting ialah telefon pintar (dan sambungan internet).

BACA: FORD PERFORMANCE TAWARKAN ENJIN 7300CC GODZILLA, 1114 HP

BACA: FORD FIESTA ST EDITION, 1.5L TURBO TORK 290NM!

BACA: FORD RANGER TREMOR – SUSPENSI FOX, ENJIN 2.3L ECOBOOST

Google ads
Back to top button