Modifikasi

KE70 DENGAN ENJIN 4AGE FULLY KROM!

Kawan-kawan kita di Sabah memang agak unik idea mereka dalam mengubahsuai kereta. Kalau kita di Semenanjung, biasanya ubah suai kereta untuk street racing look, maka kereta tu akan setia 100% dengan konsep street racing. 

DSC_9913

Kalau nak ubah suai untuk gaya VIP, maka kereta tu ialah 100% gaya VIP. Tapi lain halnya di sini. Macam kata chef, gaya fusion iaitu gabungan dua atau tiga konsep berbeza pada satu hidangan. Dalam kes ni, kereta la…

Toyota Corolla KE70 sememangnya sebuah kereta klasik yang amat popular di Malaysia. Mungkin kereta ini sangat banyak di atas jalan raya dan harganya pun agak murah. Barang-barang prestasi tinggi pun cukup mudah didapati kerana ia berkongsi banyak komponen dengan model Toyota AE86.

BACA – LEVIN GT101 MEMANG RARE

BACA – SPRINTER COUPE SIRI 92

Kereta ini sebenarnya milik oleh seorang otai dari Tawau yang memilih untuk menggabungkan beberapa konsep berbeza untuk keretanya. Kereta ini mempunyai nadi berkuasa tinggi, apabila enjin 3K asal diganti dengan enjin 4AGE 1600cc daripada Toyota Levin AE86.

Enjin baru menjalani kerja-kerja port dan polish pada bahagian kepala silinder dan sepasang cam pulley boleh laras jenama HKS turut dipasang. Satu set palam pencucuh NGK Iridium dan kabel Ultra membantu enjin dari segi nyalaan campuran udara dan petrol. Blok enjin dikekalkan standard. Bagi penapisan udara, satu unit  penapis udara K&N digunakan.

DSC_9916

Seluruh bahagian penutup injap enjin dicelup dengan krom termasuk beberapa bahagian lain seperti tangki bendalir stereng berkuasa dan inlet manifold enjin. Enjin yang kini berkilauan cukup sepadan dengan tangki radiator aluminium HKS yang digilap.

Saya sebenarnya dah lama tak tengok orang kromkan bahagian enjin. Ini mengingatkan saya zaman main Ford Escort dulu. Enjin yang bersinar-sinar ini menggunakan sistem ekzos buatan custom bagi melepaskan lagi beberapa kuasa kuda yang terpendam.

DSC_9900

Manifold ekzos 4-1 yang digunakan ialah rekaan custom, sama dengan paip tengah berdiamter 2.3 inci. Peredam bunyi pilihan ialah Fujitsubo Giken yang dikhususkan untuk kereta berenjin NA.

Kotak gear yang datang bersama enjin dipasang pada chasis Corolla dan diubah suai dengan klac jenis perlumbaan TRD. Flywheel asal enjin pula diringan dan diimbang bagi melancarkan lagi tindak balas enjin. Gandar asal Corolla digantikan dengan gandar daripada Toyota AE86 yang mempunyai LSD.

DSC_9895

Penyerap hentak asal diganti dengan penyerap hentak boleh laras TRD bersama pillow ball boleh laras yang diubah suai dari model Toyota AE86. Walaupun bahagian enjin Corolla ini nampak cukup berkilat, nasib baik tema bling tak dibawa untuk pemilihan rim.

Kereta old skool bagi saya kena guna rim dengan tema yang sama, baru nampak gempak dan tak mengarut. Rim yang digunakan ialah Work bersaiz 15 inci dengan lebar 7.5 inci. Rim gaya retro ini dibalut dengan tayar Falken 195/50/15.

DSC_9915

Seperti dijangka, jentera ini menggunakan sistem brek yang disalin sepenuhnya daripada Toyota AE86.  Pelapik brek yang digunakan ialah jenama Endless yang mampu memberhentikan kereta dengan lebih pantas.

Secara asasnya, Corolla ini sudah melalui proses restorasi penuh yang membuatkannya nampak kembali muda. Spoiler bonet custom dipadankan dan kereta dilayangkan dengan cat copper metallic.

DSC_9904

Bahagian dalaman dihias dengan sepasang tempat duduk bucket Bride Low Max.  Stereng dan tombol gear Momo digunakan bagi menggantikan komponen asal.  Papan pemuka pun sudah disalin dengan papan pemuka daripada Toyota AE86.

DSC_9926

Satu lagi keistimewaan Corolla ini terletak pada sistem hiburannya. Kereta ini mempunyai sistem audio yang agak serius dari segi kuasa. Pemain utama kereta berjenama Kenwood dan semua pembesar suara dan subwoofer daripada Mohawk. Pre-amp ialah dari Adam Digital yang juga jenama untuk amplifiernya. Nak lagi gempak, buka but belakang ada monitor LCD 17 inci, sah kereta ini juga digunakan untuk tujuan demo audio.

[hr]Spesifikasi

Pembuat / Model: Toyota Corolla GL KE70

Ubah suai enjin: 4AGE 1600cc 16 injap TVIS, kepala silinder port & polish, palam pencucuh NGK Iridium, kabel palam pencucuh Ultra, cam pulley HKS, penapis udara K&N, penutup injap dikromkan

Sistem ekzos: Manifold 4-1 custom, paip tengah 2.3” custom, peredam bunyi FGK

Kotak gear: Standard AE86, klac perlumbaan TRD, flywheel diringankan, gandar belakang jenis LSD

Rim / Tayar: Works 15×7.5 / Falken 195/50/15

Sistem gantungan: TRD boleh laras

Brek: Brek lengkap AE86, pelapik brek Endless

Luaran: Restorasi penuh, spoiler belakang custom

Dalaman: Tempat duduk Bride Low Max (depan), fabrik Bride untuk tempat duduk belakang dan panel pintu, stereng dan tombol gear Momo

ICE: Unit utama Kenwood, pre-amp Adam Digital, pembesar suara Mohawk, subwoofer 12” Mohawk, amplifier Adam Digital

[hr] Galeri

DSC_9893DSC_9896DSC_9897DSC_9901DSC_9902DSC_9903DSC_9907DSC_9908DSC_9909DSC_9910DSC_9911DSC_9912DSC_9918DSC_9919DSC_9921DSC_9925DSC_9927DSC_9929DSC_9931
 

 

Google ads
Back to top button