Buletin

HYUNDAI ELANTRA MODEL TERLARIS HYUNDAI DI AS!

Hyundai Motor America pada 1 November mengumumkan jualan kenderaannya untuk bulan Oktober dan angka keseluruhan 2019 setakat bulan tersebut.

Model manakah yang paling popular? Adakah SUV seperti Tucson atau Santa Fe yang juga segmen popular sekarang ini?

Jawapannya ialah Elantra (sedan dan hatchback) yang mengungguli carta jualan sebanyak 139,052 unit termasuk 13,583 bulan Oktober 2019.

Jualan keseluruhan Elantra setakat Oktober 2019 ialah sebanyak 139,052 unit berbanding 167,191 unit dalam tempoh sama tahun lalu.

Sambutan tersebut menunjukkan dua perkara iaitu sedan dan hatchback masih digemari ramai selain jenama Hyundai diyakini di Amerika Syarikat.

Jumlah jualan keseluruhan Hyundai setakat Oktober 2019 ialah 563,450 unit termasuk 57,094 unit pada bulan tersebut.

Prestasi bulan Oktober menyaksikan peningkatan jualan sebanyak lapan peratus berbanding bulan sama tahun lalu.

Prestasi itu juga adalah kali ke-14 dalam 15 bulan terakhir di mana jualan Hyundai meningkat.

Walaupun Elantara menduduki tangga teratas, prestasi jualan Hyundai banyak dipengaruhi oleh segmen SUV.

Jualan runcit diterajui oleh Santa Fe (+26 peratus), Tucson (+16 peratus), Kona (+27 peratus) manakala Palisade (+26 peratus) berbanding bulan September 2019.

Berbanding Elantra yang menyaksikan penurunan, Hyundai berjaya mengekalkan prestasi jualan Santa Fe iaitu 114,149 unit pada 2019 dan 114,971 unit pada 2018 setakat bulan Oktober.

Santa Fe pula dijual lebih banyak iaitu 107,283 unit pada 2019 berbanding 96,697 unit pada 2018 setakat bulan Oktober.

Secara keseluruhan, jualan runcit segmen SUV pada bulan Oktober ialah sebanyak 28,547 unit.

Model mesra alam iaitu Ioniq pula mencatatkan pertumbuhan menakjubkan dengan peningkatan sebanyak 147 peratus kepada 2,769 unit.

Model sporti Hyundai iaitu Veloster pula menyaksikan penurunan jualan sebanyak 834 unit pada Oktober 2019 berbanding 921 unit pada bulan sama tahun lalu.

Berikut ialah jualan Hyundai di AS pada Oktober 2019 dan perbandingan dengan bulan lain:

Model

Okt-19 Okt-18 Setakat Okt 2019  Setakat 2018
Accent 1,706 1,483 21,721 23,303
Elantra 13,583 18,312 139,052 167,191
Ioniq 2,769 1,121 16,915 12,727
Kona 5,514 4,330 60,652 32,795
Nexo 17 0 214 36*
Palisade 4,357 0 17,814 0
Santa Fe 10,964 7,728 107,283 96,697
Sonata 6,062 7,265 74,430 88,240
Tucson 11,288 11,493 114,149 114,971
Veloster 834 921 11,220

8,857

*Termasuk Tucson Fuel Cell

BACA: HYUNDAI VELOSTER GRAPPLER CONCEPT, KHUSUS UNTUK OFF-ROAD

BACA: HYUNDAI i10 N LINE – KERETA BANDAR 1.0L TURBO!

BACA: HYUNDAI VELOSTER N ETCR, KERETA LUMBA ELEKTRIK RWD UNTUK ETCR

Google ads
Back to top button