
HYUNDAI TUCSON 2024 TIBA DALAM TIGA VARIAN, HARGA BERMULA RM158K
Setelah diperkenalkan minggu lalu, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini secara rasmi melancarkan Hyundai Tucson untuk pasaran Malaysia.
Model Tucson generasi keempat ini didatangkan dalam tiga varian iaitu iaitu 2.0 Lite, 1.6T Plus dan 1.6T Max.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,630mm (panjang), 1,865mm (lebar), 1,665mm (tinggi) dan jarak roda pada 2,755mm.

Tucson ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Amazon Gray Metallic, Phantom Black Pearl, Creamy White Pearl, Crimson Red Pearl dan Silky Bronze Metallic.
Walau bagaimana pun, dua pilihan warna terakhir itu tidak tersedia untuk varian 2.0 Lite.
Dari segi reka bentuk, ia tampil dengan bahasa reka bentuk Sensous Sportiness dan dipadankan bersama lampu nyalaan siang yang dibenam di dalam gril Parametric Jewel.

Menjengah dalam kabin, ia dilengkapi skrin sentuh untuk sistem infotainmen bersaiz lapan-inci dengan ketersambungan Apple Carplay dan Android Auto serta pengecaman suara.
Untuk varian tertinggi, 1.6T Max disertakan bersama pelarasan lapan hala, pemanasan/pengudaraan tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.
Perincian lain bagi varian 1.6T Max termasuklah panel instrumen digital 10.25-inci, tailgate kuasa, pengelap cermin auto, pengecas wayarles dan Hyundai SmartSense Safety termasuk Smart Curise Control.
Didatangkan sebagai standard, Tucson dibekalkan dengan tujuh beg udara, brek parkir elektrik dengan Auto Hold, Blind Spot Collision Warning serta Safe Exit Warning.
Beralih kepada kuasa, varian 2.0 Lite dijana oleh enjin Smartstream MPI, menghasilkan 153hp dan 192Nm.
Untuk rekod, kuasa disalurkan ke roda hadapan menerusi transmisi automatik enam kelajuan.
Bagi varian 1.6T Plus dan 1.6T Max pula, ia dikuasakan enjin turbo Smartstream, menghamburkan kuasa 177hp dan tork 265Nm.
Nadi berkenaan dipadankan dengan transmisi klac berkembar basah (DCT) tujuh kelajuan.
Untuk harga, Hyundai Tucson 2024 boleh dimiliki pada harga bermula dari RM158,888 untuk varian 2.0 Lite, RM178,888 untuk varian 1.6T Plus, dan RM195,888 untuk varian tertinggi 1.6T Max.
100 pelanggan pertama yang menempah sebelum 31 Disember 2023 akan menerima pakej lanjutan jaminan (lima tahun/300,000 km), serta pakej servis percuma (tiga tahun/50,000 km) bernilai RM10,000 secara percuma.
GALERI:









- BACA: OTT TANAK SAH AKAN KEMBALI SEMULA KE PANGKUAN PASUKAN HYUNDAI MOTORSPORT MUSIM HADAPAN
- BACA: KIA, HYUNDAI BUANG HARGA BAGI MODEL EV DI KOREA SELATAN
- BACA: COO BAHARU HYUNDAI INDONESIA RANGKA STRATEGI, JALIN HUBUNGAN BAIK DENGAN PENGEDAR
- BACA: PEKERJA HYUNDAI MOGOK, PERMINTAAN KENAIKAN GAJI TIDAK DILULUSKAN