
NO PLAT PALING KECIK DI DUNIA – NETIZEN TERHIBUR “BAIK KAU LETAK QR CODE JE DIK”
Sepanjang bulan September, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan operasi khas bertujuan membanteras kegiatan haram membabitkan motosikal.
Anehnya, hanya pada hari kedua operasi atau lebih tepat, pada 2 September, polis menemui kesalahan paling lucu.
Menerusi laman Facebook, satu hantaran berserta gambar nombor pendaftaran lebih kecil berbanding kuku telah dimuat naik oleh JPJ.

Foto itu juga turut dikongsi oleh beberapa laman lain sekali gus menarik perhatian netizen.
“Baik kau whatssap je no plat kau kat jpj dik oiii,” komen pengguna Facebook.
Komen lain, “lain kali letak QR code dik.”
“Plat no pakai niat ni.”
Menurut JPJ, pihaknya telah memeriksa sebanyak 1,302 buah motosikal dan 691 buah motosikal diambil tindakan.
Sementara itu, sebanyak 642 Notis Saman P (22) dikeluarkan dan 205 motosikal disita.
Untuk makluman, orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jika didapati melanggar peraturan tersebut, boleh didenda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.