Buletin

KONFLIK RUSIA-UKRAINE:- VOLVO CARS, TRUCKS GANTUNG JUALAN DI RUSIA

Volvo Cars memaklumkan menghentikan penghantaran kenderaan ke pasaran Rusia sehingga diberitahu kelak.

Tindakan sama turut diambil Volvo Trucks yang akan menggantung jualan negara terbabit.

Menurut laporan Reuters, Volvo merupakan pengeluar kenderaan antarabangsa pertama yang menghentikan jualan di Rusia berikutan pencerobohan terhadap Ukraine.

Pengeluar kenderaan itu mengekport kenderaan ke pasaran Rusia dari kilang terletak di Sweden, China dan Amerika Syarikat (AS).

Pada tahun 2021, Volvo menjual sekitar 9,000 unit kenderaan di Rusia.

Menurut kenyataan pengeluar itu, keputusan berkenaan dilakukan kerana potensi risiko yang berkaitan bahan dagangan dengan Rusia termasuk sekatan dikenakan Kesatuan Eropah (EU) dan AS.

“Volvo tidak akan menghantar sebarang kenderaan ke pasaran Rusia sehingga diberitahu kelak,” kata kenyataan tersebut.

Dalam pada itu pembikin trak AB Volvo memberitahu pemberhentian produksi dan jualan di Rusia dilakukan berikutan pencerobohan terhadap Ukraine.

Volvo Group menjana kira-kira tiga peratus daripada jualan di pasaran Rusia. – carscoops

Google ads
Back to top button