Motosikal

SUZUKI MALAYSIA TAYANG PROMO RAIDER R150 Fi 2022. HARGA BERMULA RM8,000

Suzuki Malaysia memberi bayangan jentera terbaharu yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat di laman rasmi Facebook.

Melalui laman media sosial berkenaan, jentera yang dimaksudkan merupakan model Raider R150 Fi.

Ia dijangka ditawarkan pada harga bermula RM8,000 dan tempahan telah dibuka untuk peminat jenama motosikal berkenaan.

Raider R150 Fi yang menerima jolokan The Epitome of Underbone bakal mendapat khidmat enjin silinder tunggal empat lejang 147.3 cc dipadankan transmisi enam kelajuan.

Motosikal baharu itu mampu menjana kuasa mencecah 18.2 hp @ 10,000 rpm dan tork 13.8 Nm @ 8,500 rpm.

Untuk kketerangan lanjut boleh melayari laman web www.suzuki.com.myFB Suzuki Malaysia

Google ads
Back to top button