Artikel Pilihan

KOS SERVIS BUGATTI VEYRON – RM 110,700. PERGHHHHH

Saluran permotoran Youtube iaitu Drive Tribe telah menyiarkan satu video berkenaan proses servis Bugatti Veyron yang telah dihantar ke pusat servis terkemuka di UK. Simon Furlonger merupakan sebuah syarikat khusus dalam proses restorasi serta servis kereta supercar eksotik seperti Bugatti Veyron

Bugatti Veyron merupakan salah satu supercar yang dihasilkan oleh kumpulan Volkswagen, dengan menggunakan enjin susunan huruf W datang dengan 16 silinder serta 4 unit turbo. Enjin ini menjana sekitar 1000 kuasa kuda dan mampu mencapai halaju tertinggi 407km/jam

Bagi Veyron yang ada dalam video ini, ia perlu menjalani servis tahunan biasa yang merangkumi perkara asas seperti:

1. Membuka panel bawah cesi bagi pemeriksaan fizikal dan mekanikal

2. Membersihkan semua perkakasan mekanikal di bawah cesi, enjin dan unit trenkuasa

3. Penukaran minyak enjin dan penapis minyak enjin

4. Penukaran minyak sistem transmisi dan penapis minyak gear (3000 pound / unit)

5. Penukaran minyak differential depan dan belakang

6. Penukaran minyak Haldex

7. Penukaran penapis penyaman udara dan penapis enjin

8. Penukaran minyak brake, dan pemeriksaan sistem suspensi

Enjin 8000cc ini memerlukan antara 16 liter ke 18 liter minyak enjin setiap kali penukaran minyak dilakukan. Semua minyak enjin yang asal perlu dikeluarkan terlebih dahulu dengan membuka panel cesi di bahagian bawah dan diikuti dengan 16 drain plug untuk semua minyak enjin keluar

Penapis cecair hidraulik sistem transmisi pula berada di bahagian sisi berhampiran dengan rongga kemasukan udara dan agak sukar untuk dicapai. Bagi menukar penapis udara enjin, juruteknik perlu membuka rear wing dan rear clamshell di bahagian belakang

Bagi semua proses di atas, ia akan mengambil masa sekitar 4 ke 5 hari dengan jumlah 27 manhour. Maka tidak hairanlah ia memerlukan pemilik mengeluarkan kos sehingga 20,000 pound ataupun RM 110,700 setiap tahun

Google ads
"
"
Back to top button