Motosikal

TERKINI: VOGE DS900X LANCAR BULAN INI – HARGA SEKITAR RM50K

Jenama Loncin mungkin masih asing di Malaysia namun pengeluar motosikal China itu merupakan pihak bertanggungjawab menghasilkan enjin bagi beberapa model BMW antaranya C 400 X, C 400 GT, F 850 GS, F 900 R, F 900 XR dan terbaru F 900 GS. 

    Senario itu secara tak langsung membuktikan kemampuan Loncin dalam menghasilkan enjin yang bukan sahaja berkuasa malah berkualiti dan dipercayai jenama motosikal Jerman itu. 

    Voge juga dipasarkan di Malaysia menerusi MForce Bike Holdings dan ketika ini menawarkan dua model menerusi FR150 dan CU525. 

    Terbaru kami difahamkan bahawa tawaran Voge di Malaysia akan berkembang dengan pelancaran motosikal adventure DS900X yang akan diperkenalkan pada penghujung bulan ini dengan harga anggaran RM50k.

    Untuk rekod, Voge 900 DS dikuasakan enjin parallel-twin 895cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menghasilkan 96.5hp dan 87Nm. Kuasa pula disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi manual 6-kelajuan yang dibantu sistem ‘quickshifter’. 

    Trenkuasa yang diguna pakai itu merupakan platform sama yang menggerakkan BMW F900 GS/XR/R. 

    Seperti model BMW F 900 R/XR dan GS, 900 DS ini juga menawarkan pakej elektronik yang lengkap termasuk:

    • throttle-by-wire
    • panel meter TFT
    • cruise control
    • heated grip/seat

    Voge 900 DS ini juga dlengkapi dengan kelengkapan premium termasuk sistem suspensi boleh laras, pencahayaan LED penuh dengan DRL (daytime running light), brek Brembo dan ABS dwi-saluran. 

    GALERI: VOGE DS900X

    Google ads
    "
    "
    Back to top button